Skip to main content
Advertisement

Hollywood

J.LO Gembira Hidup Solo: “Saya Silap Selama Ini…”

Astro Gempak jlo

Sekilas

  • Setahun selepas bercerai dengan Ben Affleck, Jennifer Lopez mengaku bahagia dan rasa silap kerana tidak hidup solo lebih awal.
  • J.Lo menolak untuk sertai rancangan Bachelorette kerana mahu kekal bahagia dan tidak terburu-buru dalam soal cinta.
  • J.Lo percaya dia akan bertemu orang yang tepat pada masa yang sesuai, selepas perpisahan rasmi dengan Affleck pada Januari 2025.
Advertisement

Setahun selepas bercerai dengan aktor Ben Affleck, Jennifer Lopez mengaku dirinya bahagia dan ‘silap’ kerana tidak menjalani hidup sebagai wanita solo lebih awal.

Pengakuan itu dibuat selepas menjadi tetamu bual bicara Jimmy Kimmel Live baru-baru ini.

Advertisement

Pesohor Hollywood itu berkata demikian selepas Kimmel, 58, mengusiknya: “Anda kini solo.”

Lalu disambut J.LO: “Iya, dan saya patut melakukannya lebih awal. Saya silap selama ini. Percayakan saya.”

Kimmel kemudian bertanya: “Adakah anda boleh memikirkan idea untuk menjadi salah seorang peserta Bachelorette di ABC?”

Advertisement

“Tidak! Adakah anda gila? Saya tidak akan melakukan apapun yang boleh memusnahkan kebahagiaan saya sekarang.

“Saya rasa sangat fantastik dan menyukainya,” jawab J.LO seperti dilaporkan People.

Penyanyi dan pelakon itu kemudian mengaku tidak terburu-buru untuk kembali berumah tangga atau kembali bercinta. Kepada Kimmel dia mengatakan dirinya akan bertemu orang yang tepat pada waktu yang juga tepat suatu masa nanti.

“Saya akan bertemu seseorang suatu hari nanti jika itu takdir yang akan terjadi,” katanya lagi.

Terdahulu, J.LO dan Affleck rasmi bercerai pada Januari 2025 selepas berpisah pada 2024. Ironi mereka hanya hidup sebagai suami isteri selama dua tahun, selepas kembali bersama setelah putus tunang pada tahun 2000.

Anda mungkin berminat dengan

YONEX EASY TEE

YONEX EASY TEE

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Georgette Saree with Blouse and Diamond Work For Women

Georgette Saree with Blouse and Diamond Work For Women

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

Must Watch Video

Advertisement