Sekilas
- Aina Abdul menerima pujian meluas dari peminat tempatan dan antarabangsa selepas melancarkan lagu Bluest Sky yang bakal dipersembahkan di pentas Eurovision Asia.
- Lagu tersebut dianggap berpotensi menang terutama dalam penilaian juri, dengan ramai peminat tidak sabar menantikan persembahan langsung Aina.
- Aina berkongsi cabaran dalam proses rakaman lagu ini yang mengambil masa lebih lama dan memerlukan perpindahan studio demi mendapatkan bunyi yang tepat.
Selepas melancarkan lagu Bluest Sky, penyanyi dan komposer, Aina Abdul terus mencuri perhatian bukan sahaja dalam kalangan peminat tempatan, malah turut menerima reaksi positif daripada peminat muzik antarabangsa.
Lagu yang bakal dibawakan Aina di pentas Eurovision Asia itu mendapat pelbagai pujian, malah ada yang mula meramalkan penyanyi berkenaan berpotensi muncul sebagai pemenang, khususnya menerusi penilaian juri.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan keterujaan terhadap lagu tersebut dan tidak sabar untuk menyaksikan persembahan secara langsung Aina di pentas pertandingan berkenaan.
“Jury winner for sure 🔥
“I am overwhelmed. ❤️🙌🔥👏
“Potential winner here 👏👏👏
“Sounds amazing!! Can hardly wait for the live performance!! 💖💖
“Finally a song that's actually really good
“👏👏👏 jury winner
“THE WAY THIS IS THE BEST ENTRY?? Yeah this is our winner for sure
“This has a potential chance of being the winner in the juries. 🙌
“Such a Beautiful Eurovision Ballad
“Bluest Sky is SO Eurovision material 🔥
“WINNER ALERT 🚨🚨🚨,” komen netizen antarabangsa.
Terdahulu, Aina berkongsi bahawa proses menghasilkan Bluest Sky memberikan cabaran berbeza buat dirinya, malah mengambil masa jauh lebih lama berbanding kebiasaannya ketika berada di studio.
Menurut pelantun lagu Sadis itu, dia lazimnya mampu menyiapkan proses rakaman sesebuah lagu dalam tempoh sekitar dua jam, namun situasinya berbeza ketika merakam Bluest Sky.
Malah, Aina sanggup berpindah studio dari Seremban ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan bunyi yang dirasakan paling tepat dengan jiwa lagu tersebut.
Aina turut menjelaskan bahawa cabaran utama bukan sekadar proses rakaman, tetapi bagaimana dia perlu mencurahkan pelbagai emosi ke dalam lagu berkenaan dalam tempoh persembahan yang terhad.
Aina bakal mewakili Malaysia di pentas Eurovision Asia yang dijadualkan berlangsung pada 14 November di Bangkok, Thailand.
Antara negara yang turut disenaraikan sebagai pesaing Malaysia ialah Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Bhutan.