Skip to main content

Hiburan

Kagum Kualiti Produksi, Azira Syafinaz Yakin Bakat Aedy Ashraf Sebagai Penerbit – “Walaupun Kawan, Dia Sangat Profesional”

Astro Gempak 320

Sekilas

  • Azira Syafinaz setuju membintangi filem Tarung: Unforgiven kerana skrip yang kuat dan watak Dahlia yang memaparkan elemen pemerkasaan wanita.
  • Watak Dahlia dianggap cabaran besar kerana perlu menonjol dan kekal kuat walaupun dikelilingi oleh watak lelaki.
  • Azira berpuas hati dengan hasil pratonton filem dan memuji profesionalisme pengarah Aedy dalam penggambaran.

Pelakon Azira Syafinaz mendedahkan sebab utama dia bersetuju membintangi filem Tarung: Unforgiven adalah kerana kekuatan skrip serta karakter yang ditawarkan.

Menurut Azira, watak Dahlia yang dibawanya mempunyai elemen pemerkasaan wanita dan berbeza daripada peranan yang pernah dilakonkan sebelum ini.

“Sebab utama adalah skrip dan juga karakternya. Walaupun saya pernah berlakon filem aksi sebelum ini, watak Dahlia ini ada kaitan dengan ‘women empowerment’.

“Dia bukan calang-calang wanita, sangat bijak dan tidak nampak lemah walaupun dikelilingi lelaki,” katanya.

Tambahnya, membawa watak tersebut merupakan satu cabaran kerana perlu memastikan karakter wanita itu tidak tenggelam dalam kelompok lelaki.

“Itu satu cabaran buat saya sebab selalunya bila seorang wanita dikelilingi ramai lelaki, watak itu mungkin akan tenggelam.

“Jadi ini adalah ‘kerja sekolah’ untuk saya supaya watak Dahlia nampak menonjol dan kuat,” ujarnya.

Dalam masa sama, Azira turut meluahkan rasa puas hati selepas menonton pratonton filem tersebut.

“Saya dah tengok preview filem Tarung dan sangat berpuas hati dengan hasilnya.

“Walaupun bekerja dengan kawan sendiri, Aedy sangat tegas dan profesional. Dia tahu apa yang dia mahukan. Saya yakin dia akan pergi jauh dalam industri ini,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Must Watch Video

Advertisement