Skip to main content

Viral

‘Kakak Cadar’ Buat Live Tutorial Cara Nak Tidur, Netizen Terhibur Sebab Terus Terlelap - “Akak Jangan Sidai Viewers, Dah Bangun Ke Belum Ni”

Kakak cadar tertidur masa buat live

Sekilas

  • Seorang wanita bernama Farah yang menjual cadar tilam di TikTok menjadi tular selepas terlelap semasa siaran langsung mempromosikan produknya.
  • Farah sebelum itu membuat tutorial cara tidur lena, namun akhirnya dia sendiri tertidur ketika sesi live tersebut dirakam oleh pengguna lain.
  • Netizen menggelarnya sebagai 'akak cadar' dan terhibur dengan aksi Farah yang sering membuat siaran langsung, walaupun ada yang cuba mengejutkannya.

Seorang wanita dan juga penjual cadar tilam di TikTok  telah mencuit hati netizen apabila aksinya sedang nyenyak tidur menjadi tular di media sosial.

Semuanya berlaku gara-gara wanita yang dikenali sebagai Farah itu terlelap ketika mengadakan sesi siaran langsung bagi mempromosikan cadar yang dijualnya.

Sebelum itu, Farah telah membuat tutorial cara untuk tidur dengan lena sebelum akhirnya terlelap telah dirakam oleh pengguna laman sosial.

“Siot la kak hahahahaha boleh dia terus tidur lepas buat tutorial dan review,” tulis seorang netizen.

Malah di ruangan komen pula, netizen ‘cuba’ membantu untuk mengejutkan Farah namun lain pula jadinya apabila mereka sendiri merasakan sitiasi yang berlaku itu sangat lucu.

Sehingga kini, Farah telah pun dikenali sebagai ‘akak cadar’ dalam kalangan netizen dan rata-ratanya terhibur setiap kali melihat wanita itu membuat siaran langsung.

Must-Watch Video

Advertisement