Skip to main content

Selebriti

Kaki Masih Dalam Pemulihan Akibat Kemalangan, Sky Iskandar Tetap Sahut Cabaran Hyrox - “Belum Boleh Lari, Tapi Aedy Kata…”

Kaki Masih Dalam Pemulihan Akibat Kemalangan, Sky Iskandar Tetap Sahut Cabaran Hyrox - “Belum Boleh Lari, Tapi Aedy Kata…”

Sekilas

  • Pelakon Sky Iskandar menyertai cabaran Hyrox di Bangkok walaupun kakinya masih dalam proses pemulihan selepas kemalangan.
  • Sky didaftarkan sebagai pasangan kepada Aedy Ashraf dan mereka berlatih selama sebulan untuk menghadapi perlumbaan tersebut.
  • Pengalaman cabaran itu memberi kesan positif dari segi fizikal dan mental kepada kedua-dua pelakon tersebut.
Advertisement

Pelakon, Sky Iskandar merupakan antara selebriti yang tidak melepaskan peluang menyertai cabaran Hyrox di Bangkok, Thailand baru baru ini.

Bagaimanapun, penglibatannya dalam cabaran tersebut bukan sesuatu yang mudah apabila Sky mendedahkan bahawa kakinya masih dalam proses pemulihan akibat kemalangan sebelum menyertai perlumbaan berkenaan.

Advertisement

Malah, kata Sky, dia masih belum mampu berlari ketika namanya didaftarkan sebagai pasangan kepada aktor, Aedy Ashraf.

Namun, Aedy tetap memberikan semangat dan yakin Sky mampu menyertai cabaran tersebut memandangkan mereka masih mempunyai tempoh sebulan untuk membuat persiapan.

“Dengan semangat ‘brotherhood’, Aedy telah mendaftarkan nama saya sebagai gandingannya untuk menyertai perlumbaan Hyrox yang sangat mencabar ini.

“Kaki saya pada ketika itu masih dalam proses pemulihan selepas kemalangan dan tidak diketahui oleh sesiapa.

“Saya masih belum boleh berlari, tetapi Aedy hanya memandang saya dan berkata, ‘boleh…’ kerana perlumbaan itu dalam tempoh sebulan lagi.

“Masih banyak masa untuk saya pulih, berlatih dan menyertai perlumbaan itu,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Sky mengakui tempoh sebulan menjalani latihan persediaan bukanlah sesuatu yang mudah buat mereka.

Namun, segala cabaran yang dilalui sepanjang tempoh tersebut akhirnya memberikan pengalaman bermakna buat Sky dan Aedy.

Kata Sky, pengalaman itu bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental.

“Sepanjang sebulan itu memang sangat mencabar, tetapi ia mengubah kami menjadi lebih baik dari segi fizikal dan mental.

“Dia memang lima langkah ke hadapan. Dia tahu pengalaman ini akan menjadi sesuatu yang hebat untuk kami,” coretnya.

Untuk info, Sky juga merupakan pelakon utama bagi filem The Furious: Pertaruhan Maruah bersama aktor hebat Zul Ariffin.

Saksikan The Furious: Pertaruhan Maut di Astro First dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Minch Creatine Powder Creatine Muscle Builder for Men & Women Post Workout Gain Strength Build Muscle

Minch Creatine Powder Creatine Muscle Builder for Men & Women Post Workout Gain Strength Build Muscle

Must Watch Video

Advertisement