Skip to main content

Berita Tempatan

"Kalau Ada Yang Dapat Hidayah Asbab Kita, Itu Nikmat Sangat Besar" - PU Riz

Astro Gempak riz

Sekilas

  • PU Riz menyeru umat Islam untuk terus menuntut ilmu dan menjadi cendekiawan yang menyebarkan kefahaman agama kepada masyarakat.
  • Beliau menegaskan bahawa mengajak manusia kembali kepada Allah dan memahami agama akan memberi ganjaran pahala berterusan walaupun selepas meninggal dunia.
  • Pelancaran Fakulti Pengajian Haji dan Umrah bertujuan memperkukuhkan ilmu fiqh berkaitan ibadah haji dan umrah serta melahirkan lebih ramai cendekiawan Islam yang bermanfaat.

Pendakwah bebas terkenal, PU Riz menyeru umat Islam di negara ini untuk terus menuntut ilmu dan menjadi golongan cendekiawan yang mampu menyebarkan kefahaman agama kepada masyarakat.

Menurut PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, setiap individu yang berusaha mengajak manusia kembali kepada Allah SWT dan memahami agama akan menerima ganjaran pahala yang berterusan.

“Kalau satu hari nanti ada antara jemaah yang berubah dan mendapat hidayah asbab kita, itu merupakan nikmat yang sangat besar.

“Seseorang yang menunjukkan jalan kepada kebaikan, mengajak manusia kembali kepada Allah dan memahami agama akan terus menerima pahala walaupun selepas dia meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran Fakulti Pengajian Haji dan Umrah (FPHU), sebuah inisiatif pendidikan yang menawarkan laluan pengajian profesional dalam bidang haji dan umrah bermula daripada peringkat diploma sehingga Doktor Falsafah (PhD).

Menurut PU Riz, penubuhan fakulti tersebut bertepatan dengan usaha memperkukuhkan kefahaman umat Islam terhadap ilmu fiqh, khususnya berkaitan ibadah haji dan umrah.

Katanya, ramai yang mengetahui cara melaksanakan ibadah, namun tidak semua memahami hikmah dan falsafah di sebalik setiap amalan yang dilakukan.

“Bersama tenaga pengajar yang berpengalaman, kita mahu memartabatkan pengajian fiqh haji dan umrah serta ilmu fiqh secara umum.

“Dengan sokongan semua pihak, kita berharap dapat mengangkat industri pendidikan agama ke peringkat yang lebih tinggi dan melahirkan lebih ramai cendekiawan Islam yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Tambah suami kepada usahawan dan selebriti Neelofa itu, pendidikan agama yang tersusun dan sistematik penting dalam melahirkan masyarakat yang bukan sahaja memahami hukum-hakam Islam, malah mampu menjadi rujukan serta membimbing orang lain ke arah kebaikan.

Beliau berharap usaha memperkasakan pendidikan Islam seperti ini dapat membuka lebih banyak ruang kepada generasi muda untuk mendalami ilmu agama secara profesional dan berterusan.
 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PENAT – Urus Emosi & Tekanan

PENAT – Urus Emosi & Tekanan

SEJADAH SAKINAH AS PRAYER MATS V2

SEJADAH SAKINAH AS PRAYER MATS V2

naelofar Dalila Sejadah

naelofar Dalila Sejadah

naelofar Amoud Sejadah

naelofar Amoud Sejadah

Berdua (Masih) Lebih Baik

Berdua (Masih) Lebih Baik

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

Must Watch Video

Advertisement