Skip to main content

Selebriti

“Kalau Tak Mampu Mendoakan, Jangan Jadikan Luka, Trauma Orang Lain Sebagai Hiburan” – Didi Astillah

“Kalau Tak Mampu Mendoakan, Jangan Jadikan Luka, Trauma Orang Lain Sebagai Hiburan” – Didi Astillah

Sekilas

  • Didi Astillah menyeru orang ramai supaya lebih berempati dan berhati-hati dalam bertutur mengenai kisah luka atau ujian orang lain.
  • Didi menegaskan setiap individu mempunyai pengalaman hidup yang tidak diketahui orang lain, jadi jangan jadikan trauma mereka sebagai hiburan.
  • Didi mengajak masyarakat untuk mendoakan kebaikan dan menghormati mereka yang sedang menghadapi ujian atau kehilangan orang tersayang.
Advertisement

Penyanyi, Didi Astillah berharap orang ramai lebih berempati dan menjaga tutur kata ketika membicarakan tentang kisah luka atau ujian yang dilalui oleh individu lain.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Didi berkata setiap individu mempunyai cerita dan pengalaman hidup tersendiri yang mungkin tidak diketahui oleh orang lain.

Advertisement

“Kita tak pernah tahu sepenuhnya apa yang seseorang lalui di dalam hidupnya. Jadi, kalau tak mampu mendoakan, sekurang-kurangnya jangan jadikan luka, trauma orang lain sebagai hiburan,” tulisnya.

Tegas Didi lagi, dia berharap agar masyarakat lebih berhati-hati dalam membuat sebarang komen selain memilih untuk mendoakan perkara baik buat mereka yang sedang melalui ujian.

“Be kind. Kita semua ada cerita yang orang lain tak tahu. Lebih baik kita doa yang baik-baik buat kedua ibu bapa kita, keluarga dan kawan-kawan kita. (Al-fatihah buat sesiapa yang dah kehilangan orang tua nya),” coretnya.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement