Skip to main content

Selebriti

KE Selebriti 2026: Langkah Rashdan Baba & Maria Tunku Sabri Terhenti Di Minggu Suku Akhir

KE Selebriti 2026: Langkah Rashdan Baba & Maria Tunku Sabri Terhenti Di Minggu Suku Akhir

Sekilas

  • Maria Tunku Sabri dan Rashdan Baba tersingkir di minggu suku akhir Kilauan Emas Selebriti 2026 bersama Rahhim Omar yang berada di tangga tiga terbawah.
  • Datuk Jalaludin Hassan diumumkan layak ke minggu separuh akhir dan memenangi Anugerah Emas Berkilau Of The Week dua kali berturut-turut, menyumbang RM2,000 kepada Sazali P. Ramlee.
  • Minggu separuh akhir menampilkan tema Kilauan Dalam Jiwa dengan lagu pilihan penaja Arabic Gold, dihoskan oleh Raja Azura dan Keanu Azman serta dinilai oleh juri tetap Jihan Muse dan Datuk Yusry KRU.
Advertisement

Langkah dua bintang Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES) iaitu Maria Tunku Sabri dan Rashdan Baba terhenti di minggu suku akhir sekaligus meranapkan harapan mereka untuk melangkah ke minggu seterusnya.

Selain Maria dan Rashdan, turut berada di tangga tiga terbawah ialah Rahhim Omar.

Advertisement

Keputusan itu diumumkan semasa segmen Piring Lagu Berbisa (PLB).  

Sementara itu, Datuk Jalaludin Hassan menjadi peserta pertama yang diumumkan layak ke minggu separuh akhir selepas nyanyiannya yang mendendangkan lagu Widuri berjaya memukau juri dan penonton.

Bukan itu sahaja, Datuk Jalaludin juga berjaya memenangi Anugerah Emas Berkilau Of The Week buat dua kali berturut-turutyang kemudiannya memberikan wang tunai berjumlah RM2,000 buat anak kepada Seniman Agong, Allahyarhan Tan Sri P. Ramlee iaitu Sazali P. Ramlee.

Advertisement

Untuk minggu separuh akhir, setiap peserta akan dicabar dengan tema Kilaun Dalam Jiwa yang merupakan lagu-lagu pilihan penaja, Arabic Gold.

Kilauan Emas Selebriti dihoskan oleh Raja Azura dan Keanu Azman.

Kerusi juri pula menyaksikan gandingan pelawak Jihan Muse dan Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap.

Dari segi penjurian, sebanyak 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.

Kilauan Emas Selebriti 2026 berlangsung selama tujuh minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 22 Ogos, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Anda mungkin berminat dengan

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Must Watch Video

Advertisement