Skip to main content

Hiburan

KE Selebriti 2026: Maria Tunku Sabri Akui Ada Kalanya Terasa Hati Dengan Kecaman – “Saya Akan Menangis Bila…”

KE Selebriti 2026: Maria Tunku Sabri Akui Ada Kalanya Terasa Hati Dengan Kecaman – “Saya Akan Menangis Bila…”

Sekilas

  • Maria Tunku Sabri tetap positif walaupun menerima kecaman sepanjang menyertai Kilauan Emas Selebriti 2026 dan memilih untuk tidak menunjukkan emosinya di hadapan keluarga.
  • Dia menasihatkan netizen supaya lebih berhati-hati dan beradab ketika meninggalkan komen di media sosial agar tidak mengaibkan orang lain.
  • Maria menganggap pengalaman dalam KES2026 sebagai peluang untuk mencuba bidang baru dan bersedia dengan apa sahaja keputusan termasuk tersingkir pada konsert suku akhir.
Advertisement

Bintang program Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026), Maria Tunku Sabri memilih untuk kekal positif meskipun menerima pelbagai kecaman sepanjang menyertai program tersebut.

Menurut Maria, sebagai seorang manusia ada kalanya dia terguris dengan komen yang diterimanya namun, dia tidak mahu menunjukkan emosinya terutama di hadapan suami dan anak-anak.

Advertisement

Menurut Maria, dia lebih selesa memendam perasaan tersebut dan menangis seorang diri berbanding membebankan orang lain dengan masalah yang dihadapinya.

“Memang saya begini, saya seorang yang sangat positif. Walau orang beri sesuatu yang negatif, saya pulangkan dengan cara positif. Hidup kita tidak lama, jadi janganlah kumpul dosa.

“Ada juga terasa hati. Saya akan menangis bila bersendirian seperti ketika sedang mandi. Saya tidak mahu susahkan orang lain terutama suami dan anak-anak. Biarlah saya lalui seorang dan saya suka gembirakan semua orang,” katanya kepada Gempak.

Maria berkata demikian ketika ditemui selepas namanya diumumkan tersingkir pada konsert suku akhir KES2026 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, Maria berharap sikapnya yang sentiasa ceria dapat menjadi contoh kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika meninggalkan komen di media sosial.

“Saya nak nasihat sikit kepada netizen kalau nak komen yang melampau atau sensitif boleh sahaja DM (direct message). Tak perlu nak secara terbuka letak di media sosial sebab ia boleh mengaibkan seseorang.

“Saya cuba nak beri pengajaran kepada netizen bahawa kita ada adab, ikutlah cara yang betul. Saya boleh terima, tetapi mungkin tidak bagi orang lain,” ujarnya.

Bercerita mengenai penyertaannya dalam KES2026, Maria mengakui dia sudah bersedia dengan apa sahaja keputusan termasuk kemungkinan namanya tersingkir.

Bagaimanapun, dia menganggap pengalaman tersebut sebagai satu peluang untuk mencuba bidang baharu selain melengkapkan perjalanan kerjayanya dalam dunia seni.

“Sekarang saya boleh berpuas hati sebab dah jadi pengacara, pelakon dan penyanyi. Mungkin selepas ini boleh tambah bidang jadi pelawak.

“Selepas ini jika menerima tawaran sebagai pengacara boleh tambah pakej menyanyi. Saya sudah ada lima susunan lagu yang boleh dinyanyikan,” selorohnya.

Selain Maria, langkah seorang lagi bintang iaitu Rashdan Baba turut terhenti di konsert suki akhir sekaligus meranapkan harapan mereka untuk terus berjuang di minggu separuh akhir.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement