Skip to main content

Hiburan

KE Selebriti 2026: Rashdan Baba Tak Tolak Kembang Karier Sebagai Penyanyi - “Insya-Allah Kalau Ada Rezeki…”

KE Selebriti 2026: Rashdan Baba Tak Tolak Kembang Karier Sebagai Penyanyi - “Insya-Allah Kalau Ada Rezeki…”

Sekilas

  • Pelakon Rashdan Baba tidak menolak kemungkinan untuk serius dalam bidang nyanyian selepas menyertai program Kilauan Emas Selebriti (KES) 2026.
  • Rashdan pernah menerima tawaran rakam lagu sebelum ini dan berharap peluang itu datang semula selepas penglibatannya dalam KES 2026.
  • Walaupun tersingkir pada konsert suku akhir, Rashdan menerima keputusan dengan hati terbuka dan menghargai pengalaman serta ilmu yang diperoleh sepanjang lima minggu program.
Advertisement

Pelakon Rashdan Baba tidak menolak kemungkinan untuk mengembangkan kerjaya seni ke bidang nyanyian selepas menjadi salah seorang peserta bagi program Kilauan Emas Selebriti (KES) 2026.

Kongsi Rashdan, dia sebenarnya pernah menerima tawaran untuk merakamkan lagu sebelum ini, namun hasrat tersebut tidak dapat direalisasikan.

Advertisement

“Insya-Allah kalau ada rezeki nak serius menyanyi. Selepas melihat penglibatan dalam program ini ada juga saya terfikir untuk rakamkan lagu.

“Semuanya bergantung kepada rezeki. Setakat ini tawaran penggambaran sudah ada dan akan bermula awal Oktober.

“Sebelum ini ada terima tawaran rakam lagu dengan komposer Eddie Hamid. Kebetulan dia melihat saya menyanyi di kenduri kahwin dan ajak saya rakam lagu. Kalau Eddie melihat persembahan saya di KES2026mungkin dia boleh panggil semula,” katanya kepada Gempak.

Rashdan berkongsi perkara tersebut selepas diumumkan sebagai salah seorang peserta yang tersingkir pada konsert suku akhir KES2026.

Bercakap mengenai penyingkirannya, Rashdan memaklumkan dia menerima keputusan dengan hati terbuka.

Menurutnya, lima minggu menyertai program berkenaan memberikan pengalaman baharu kepadanya, selain membuka peluang untuk mempelajari lebih banyak perkara berkaitan nyanyian.

“Setiap minggu pun saya sudah bersedia jika tersingkir kerana tahu program ini turut melibatkan undian peminat. Apa sahaja keputusan saya sudah bersedia.

“Sepanjang lima minggu ini banyak ilmu yang saya dapat. Bukan mudah nak melaksanakan tugasan mingguan yang ada hanya beberapa jam sahaja untuk berlatih lagu dan tarian,” kongsinya.

Selain Rashdan, Maria Tunku Sabri juga diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di konsert suku akhir KES2026

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement