Skip to main content

Hiburan

KE Selebriti 2026 Recap: Maria Tunku Sabri & Rashdan Baba Gagal Ke Separuh Akhir, Dato Jalaludin Hasan Terus Unggul Di Atas

KE Selebriti 2026 Recap: Maria Tunku Sabri & Rashdan Baba Gagal Ke Separuh Akhir, Dato Jalaludin Hasan Terus Unggul Di Atas

Sekilas

  • Maria Tunku Sabri dan Rashdan Baba tersingkir pada minggu kelima Kilauan Emas Selebriti 2026 selepas persembahan mereka kurang mendapat sambutan juri.
  • Datuk Jalaludin Hassan dinobatkan Emas Berkilau Of The Week dan berjaya mengumpul markah tertinggi serta undian penonton.
  • Persembahan peserta lain seperti Rahhim Omar, Amyza Aznan, dan Zila Bakarin menerima pujian juri atas penghayatan dan konsistensi mereka.
Advertisement

Harapan dua bintang Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES) iaitu Maria Tunku Sabri dan Rashdan Baba untuk melangkah ke minggu separuh akhir tidak kesampaian apabila mereka diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu kelima.  


Maria dan Rashdan gagal menambat hati juri menerusi persembahan mereka yang menyampaikan lagu Berdiri Bulu Romaku nyanyian asal Hetty Koes Endang (Maria) dan Blus Terengganu Kita Serta Joget Kelantan (Rashdan).  

Advertisement

Sementara itu, Datuk Jalaludin Hassan pula berjaya dinobatkan anugerah Emas Berkilau Of The Week dan memberikan wang tunai berjumlah RM2,000 kepada anak Seniman Agong, Tan Sri P. Ramlee iaitu Sazali Ramlee.  


Pada masa sama, Jalaludin Hassan juga berjaya mendominasi carta selepas berjaya memperoleh markah tertinggi daripada juri dan undian penonton.  


Mari kita recap komen untuk semua bintang Kilauan Emas Selebriti minggu suku akhir: 


1) Rahhim Omar - Rindu Bayangan

Jihan Muse: Bila uncle nyanyi hari ini mulut saya ‘berzikir’ supaya uncle tak buat silap ketika persembahan sebab kebiasannya di hujung uncle akan terkucil sikit. Tapi minggu ini ‘smooth’ saja and terbaiklah persembahan uncle minggu ini.

Datuk Yusry: Minggu lepas bila dapat tahu abang akan nyanyi lagu ini saya risau sebab kebanyakkan orang akan menyanyi mengikut gaya penyanyi asal.

Tapi ternyata kerisauan saya meleset sebab abang berjaya bawa lagu ini dengan gaya tersendiri. Nampak adanya originality dan abang memang boleh menyanyi, jumpa di final teruslah.

2) Amyza Aznan - Aku Kehilanganmu

Datuk Yusry: Persembahan awak konsisten sebab saya rasa awak jenis yang execute apa yang awak rancang. Vokal awak tak pecah bila capai nota tinggi

Azmi Saat: Saya dapat rasa feel persembahan akak. Cuma saya rasa suara akak minggu ni sedikit serak tapi masih ada kesedepannya di situ.

3) Fazlina Ahmad Daud - I Will Survive

Jihan Muse: Selamat kembali ke pentas Kilauan Emas. Alhamdulillah akak tak buat silap and memang gempak. Tahniah akak.

Datuk Yusry: Saya tahu awak seorang yang nervous tapi malam ini tak nampak langsung. Ini adalah persembahan terbaik awak sepanjang beberapa minggu ini.

4) Datuk Jalaludin Hassan - Widuri

Datuk Yusry: Yang saya kagum ialah Datuk sentiasa fall on the right note, nyanyiannya sentiasa tepat.

Jihan Muse: Seperti biasa Datuk Jalal sentiasa ada aura dia yang tersendiri dan sentiasa membuatkan semua yang menonton terbuai-buai dengan persembahan Datuk.

5) Zila Bakarin - Gelombang

Jihan Muse: Akak mempunyai daya fokus yang sangat tinggi. Bila menyanyi akak tetap berjaya kekalkan karakter sehingga membuatkan ramai yang tersentuh. Nyanyian akak juga semakin baik jadi, tahniah.

Datuk Yusry: Ini yang kita mahukan daripada peserta KES. Kita tahu semuanya adalah pelakon jadi kita dapat rasa kejujuran dalam nyanyian awak. Saya nak isi borang masuk kelab peminatlah selepas ini.

6) Maria Tunku Sabri - Berdiri Bulu Romaku

Jihan Muse: Kalau Bonda Hetty Koes Endang suka sebut, ‘Tembakannya tepat’ tapi akak tembakannya rambang. Kalau dua peserta selepas ini tidak melakukan kesilapan, kita jumpa di final.

7) Datuk Tamimi Siregar - Epilog Cinta Dari Bromley

Datuk Yusry: Saya sangat terharu melihat persembahan datuk yang bergerak dan menggunakan sepenuhnya pentas ini. Penghayatan pentas itulah yang membuatkan persembahan datuk hidup.

8) Rashdan Baba - Blus Terengganu Kita & Joget Kelantan

Jihan Muse: Lagu ini karakternya besar jadi kalau abang tambah lagi energy mesti akan lagi menarik. Saya juga suka melihat abang yang semakin berani untuk berinteraksi dengan penonton. Tahniah abang.

Azmi Saat: Saya setuju dengan Jihan, kalau abang tambah lagi injection mesti akan lagi best.

Berikut merupakan kedudukan bintang-bintang KE Selebriti:

[AKAN DIKEMASKINI]

Kilauan Emas Selebriti dihoskan oleh Raja Azura dan Keanu Azman.  

Kerusi juri pula menyaksikan gandingan pelawak Jihan Muse dan Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap.

Dari segi penjurian, sebanyak 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.

Kilauan Emas Selebriti 2026 berlangsung selama tujuh minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 22 Ogos, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Program berkenaan turut boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement