Skip to main content

Indonesia

Kecoh Perut Isteri Virgoun ‘Buncit’, Didakwa Hamil Sebelum Nikah

Astro Gempak virgoun (2)

Sekilas

  • Penyanyi Virgoun kembali jadi perhatian selepas foto isterinya, Lindi Fitriyana, dengan perut buncit tersebar di media sosial dan mencetuskan spekulasi kehamilan.
  • Warganet mendakwa Lindi mungkin hamil sebelum berkahwin kerana perutnya kelihatan besar, walaupun pasangan itu baru berkahwin pada Februari 2026.
  • Tiada kenyataan rasmi dari Virgoun atau Lindi, dan ada juga peminat yang berpendapat perut buncit itu mungkin kerana watak Lindi sebagai pelakon sinetron yang sedang mengandung.

Penyanyi Virgoun kembali menarik perhatian peminat di Indonesia apabila foto isterinya dengan perut buncit tersebar di media sosial.

Penampilan Lindi Fitriyana yang memakai baju hijau dengan perut buncit mencetuskan spekulasi wanita itu sedang hamil. Lebih parah ada dalam kalangan warganet yang mendakwa Lindi telah hamil sebelum menikah dengan Virgoun.

Hal itu lantaran perut Lindi dilihat sangat besar berbanding jika dikatakan ‘hamil muda’.  Ironi, pasangan tersebut baru menikah sekitar dua atau tepatnya pada 26 Februari 2026 di sebuah  hotel di Tangerang.

“Jika melihat daripada bentuk perut, mungkin kandungan sudah berusia lebih empat bulan, tulis seorang pengguna media sosial seperti dilaporkan InsertLive.

Meski tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan Virgoun atau Lindi, peminat terus membuat spekulasi dengan mengatakan situasi tersebut sama seperti penyanyi itu menikah dengan bekas isterinya, Inara Rusli dahulu.

“Bermakna dua kali nikah duluan, Inara juga dulu hamil lalu nikah,” tulis seorang lagi.

Namun ada dalam kalangan peminat mendakwa penampilan perut buncit Lindi yang juga seorang pelakon sinetron itu sedang memainkan watak wanita hamil.

Anda mungkin berminat dengan

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement