Skip to main content

Hiburan

Kenang Pemergian Arwah Siti Sarah, Perkongsian Shuib Undang Sebak - “5 Tahun, Al-Fatihah”

Siti Sarah

Sekilas

  • Pelawak Shuib berkongsi kenangan menyentuh hati sempena ulang tahun kelima pemergian isterinya, penyanyi Siti Sarah Raissuddin, menerusi satu hantaran di Threads.
  • Dalam hantaran tersebut, Shuib memuat naik foto dirinya di pusara arwah Siti Sarah dengan kapsyen ringkas "5 tahun, al-Fatihah" sebagai tanda ingatan.
  • Perkongsian itu mendapat perhatian ramai netizen yang mendoakan agar roh Allahyarhamah Siti Sarah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Advertisement

Pelawak, Shuib mengundang sebak ramai apabila mengenang kembali pemergian Allahyarhamah isterinya yang juga penyanyi, Siti Sarah Raissuddin menerusi satu hantaran yang dibuat menerusi Threads.

Menerusi perkongsian di Threads, Shuib memuat naik semula foto dirinya yang sedang duduk berhadapan pusara arwah Siti Sarah selepas isterinya itu selamat dikebumikan lima tahun yang lalu.

Advertisement

Di ruangan kapsyen, pemilik nama Shahmira Muhammad ini dilihat menitipkan ucapan ringkas sebagai tanda ingatan buat insan tersayangnya itu.

“5 tahun, al-Fatihah,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya menzahirkan rasa sebak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar roh Allahyarhamah Siti Sarah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sekadar info, Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 selepas beberapa hari menerima rawatan akibat jangkitan COVID-19.


Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement