Skip to main content

Hiburan

Kongsi Foto Bercuti Bersama Keluarga, Penampilan Zahirah MacWilson Raih Pujian - “MashaAllah, Awak Nampak Cantik Pakai Tudung”

Zahirah MacWilson

Sekilas

  • Zahirah MacWilson berkongsi momen percutian bersama suami dan anak-anak di Instagram sambil meluahkan rasa syukur dapat menikmati masa bersama keluarga.
  • Penampilan Zahirah yang memakai hijab ketika bercuti menarik perhatian dan mendapat pujian ramai wargamaya yang memuji kecantikannya.
  • Setakat ini, Zahirah belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai penampilannya yang memakai tudung.
Advertisement

Perkongsian Zahirah MacWilson di Instagram miliknya yang memperlihatkan beberapa foto ketika dia bersama suami dan anak-anak sedang bercuti meraih perhatian. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian itu, pelakon drama Good Boys Go To Heaven itu meluahkan rasa syukur kerana masih mempunyai peluang untuk menikmati saat bersama orang tersayang. 

 

“Lebih banyak lagi dari percutian kami bulan lalu bersama orang tersayang. Saya benar-benar mengingatkan diri saya untuk hidup pada masa kini, untuk hadir dan menikmati setiap saat 🤍,” tulisnya. 

 

Namun apa yang menarik perhatian wargamaya adalah penampilan Zahirah yang dilihat mengenakan hijab ketika bercuti bersama keluarga. 

Advertisement

 

Rata-rata wargamaya memuji penampilan pelakon berusia 31 tahun itu kelihatan semakin cantik apabila memakai tudung. 

 

“You look stunning! Love this for you.

 

“Cantiknya Zahirah.

 

“Mashaallah Zahirah may Allah swt protect your heart and your peace, always.

 

“Mashaaallah... Zahirah you look so cantik with the tudung,” komen beberapa wargamaya. 

 

Bagaimanapun Zahirah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penampilannya yang memakai tudung sejak akhir-akhir ini. 

 

Sumber - Instagram

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

SCVCN Running Sunglasses Cool UV400 for Unisex

SCVCN Running Sunglasses Cool UV400 for Unisex

SSFH Pure Cotton Printed Embroidered Kurti (Top Only)

SSFH Pure Cotton Printed Embroidered Kurti (Top Only)

(SY Shoes) Original KORAKOH Quality Rubber Rain Boots/Kasut Air Getah/Kasut Boot/Kasut Hujan (CKS 6000)

(SY Shoes) Original KORAKOH Quality Rubber Rain Boots/Kasut Air Getah/Kasut Boot/Kasut Hujan (CKS 6000)

Unisex Selipar Yeezy Slide Kanye Men's and Women's Casual Slippers Indoor Slipar Selipar Sandal Shoe Kasut男女款椰子拖鞋

Unisex Selipar Yeezy Slide Kanye Men's and Women's Casual Slippers Indoor Slipar Selipar Sandal Shoe Kasut男女款椰子拖鞋

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Must Watch Video

Advertisement