Skip to main content

Hiburan

Kongsi Seperti Sedang Hangat Bercinta, Netizen Cakap Iman Troye Propa - “Hint Lagu Baru?”

Iman Troye

Penyanyi, Iman Troye mencuri perhatian netizen selepas memuat naik satu hantaran mengenai soal cinta di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Iman meluahkan bahawa dia sebenarnya tidak mahu memikirkan hal cinta dan lebih ingin memberi tumpuan kepada diri sendiri terlebih dahulu.
 

Namun, menurutnya, perancangan tersebut berubah apabila dia bertemu dengan seorang jejaka yang berjaya membuka hatinya.

Dalam hantaran sama, Iman turut berkongsi beberapa keping gambar bunga yang diterimanya, sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Bagaimanapun, ketika menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meragui pendedahan itu dan menganggap ia mungkin sekadar gimik atau strategi promosi untuk lagu terbaharu yang bakal dilancarkan.

Must-Watch Video

Advertisement