Sekilas
- Penyanyi Tom berkongsi video berlari memeluk suaminya, Fuad Rahman, yang menunjukkan mereka kembali bersama selepas kontroversi sebelum ini.
- Wargamaya meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar hubungan mereka kekal kuat terutama menjelang Ramadan dan Syawal.
- Tom sebelum ini mengaku curang dan berdepan isu rumah tangga, namun Fuad tetap mahu mempertahankan perkahwinan mereka kerana masih sayangkan Tom.
Perkongsian terbaharu penyanyi Tom di laman sosial miliknya yang memperlihatkan dia berlari memeluk suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahman menarik perhatian wargamaya.
Rata-rata wargamaya meluahkan rasa syukur dan gembira melihat pasang suami isteri itu kembali bersama selepas mencetuskan kontroversi baru-baru ini.
“Moga bulan Ramadan dan Syawal akan menyusul tak lama lagi ni berbaiklah akak dan abang ya... moga Allah lindungi perkahwinan anda berdua… Aamin.
“Alhamdulillah love sangat dengan kak Tom dan abang Fuad. Moga ikatan dibina terus kuat dan kekal sampai bila-bila InsyaAllah.
“Jangan gaduh lama-lama. Dua-dua masih sayang tu,” komen beberapa wargamaya.
Tom juga memuat naik beberapa video yang memperlihatkan kegembiraan mereka bersama anak-anak sekaligus mengambarkan hubungan mereka sudah kembali pulih.
Sebelum ini, Tom mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dirinya berlaku curang terhadap Fuad dan mengatakan mereka bakal bercerai.
Manakala Fuad pula menegur tindakan isterinya itu yang berkongsi masalah peribadi serta membuka aib sendiri di laman sosial.
Malah Fuad menegaskan dia tetap mahu mempertahankan rumah tangga mereka kerana masih menyimpan perasaan sayang terhadap Tom.