Skip to main content

Hiburan

BAGA: Esok Untuk Siapa Bawa Mesej Sosial, Bukan Sekadar Kisah Cinta Anak Muda

BAGA: Esok Untuk Siapa Bawa Mesej Sosial, Bukan Sekadar Kisah Cinta Anak Muda

Sekilas

  • Filem Baga: Esok Untuk Siapa arahan Ariff Zulkarnain mengetengahkan realisme sosial dengan fokus pada masalah penagihan dadah remaja, kemiskinan dan cabaran masyarakat luar bandar.
  • Filem ini juga membincangkan isu pendidikan seks dan kehamilan luar nikah sebagai usaha membuka ruang perbincangan untuk mendidik golongan muda secara lebih terbuka.
  • Berlatar di Terengganu, filem ini mengisahkan dua remaja yang tersepit antara cinta, impian dan kehidupan dalam masyarakat kampung konservatif, akan ditayangkan di pawagam mulai 5 November.
Advertisement

Pengarah filem Baga: Esok Untuk Siapa, Ariff Zulkarnain menjelaskan karya sulung arahannya itu bukan sekadar mengetengahkan kisah kehidupan masyarakat luar bandar, sebaliknya turut membawa mesej sosial mengenai isu yang masih berlaku dalam kalangan masyarakat.

Menurut Ariff, filem berkenaan mengangkat realisme sosial (social realism) dengan memberi tumpuan kepada masalah penagihan dadah dalam kalangan remaja, kemiskinan serta cabaran kehidupan masyarakat di luar bandar.

Advertisement

“Sebagaimana Good Boy Go To Heaven mengangkat tentang jenayah seksual kanak-kanak dan juga childhood trauma, untuk Baga sebenarnya mengangkat tentang social realism berkaitan masalah masyarakat di luar bandar dan juga masalah penagihan dadah dalam kalangan remaja.

“Bukan sahaja di Pantai Timur, tetapi di Malaysia secara amnya,” katanya kepada Gempak.

Tambah Ariff, filem tersebut turut menyentuh aspek pendidikan, termasuk pendidikan seks dan isu kehamilan luar nikah bagi membuka ruang perbincangan mengenai kepentingan mendidik golongan muda.

Advertisement

Menurutnya, masyarakat perlu lebih terbuka dalam membincangkan cara terbaik untuk memberikan pengetahuan kepada remaja, termasuk langkah yang boleh diambil sekiranya mereka berdepan situasi kehamilan luar nikah.

“Jadi, ada juga tentang pendidikan seks, tentang kehamilan luar nikah. Bagaimana kita nak bersedia ataupun bagaimana kita nak mendidik golongan muda dan remaja untuk berfikir?

“Kita tak nak mereka terlanjur, tetapi kalau ada yang terlanjur, bagaimana mereka nak menyelesaikan masalah itu?” ujarnya.

Ariff menyifatkan Baga sebagai satu bentuk kenyataan sosial yang menggambarkan realiti kehidupan masyarakat, khususnya golongan yang berdepan masalah penagihan dadah, kemiskinan dan kesukaran untuk meneruskan kehidupan.

Dalam pada itu, pengarah yang berasal dari Terengganu itu turut menjelaskan sebab memilih latar dan elemen tempatan sebagai identiti filem pertamanya.

“Saya memilih Baga untuk filem pertama saya sebab sebelum ini saya pengarah siri TV. Jadi, untuk filem pertama, saya nak menghasilkan sebuah filem yang ada unsur-unsur lokal.

“Memandangkan saya berasal dari Terengganu, saya rasa suara peribadi saya adalah daripada Terengganu,” katanya.

Filem Baga: Esok Untuk Siapa diterbitkan oleh Indigo Films dan Skop Productions membariskan pelakon Amir Ahnaf, Amirah Razak, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

 Mengisahkan dua jiwa muda yang tersepit antara cinta, impian dan kehidupan yang semakin menghimpit.

Berlatar kehidupan masyarakat kampung yang konservatif, filem ini turut menyentuh isu kemiskinan, tradisi dan pilihan yang membawa kesan besar.

Nantikan filem Baga: Esok Untuk Siapa yang akan berada di pawagam bermula 5 November depan.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement