Skip to main content

Berita Tempatan

"Kualiti Barangan Tempatan Sekarang Dah Setanding" - Mierul Aiman Mahu Lebih Ramai Percaya Jenama Malaysia

"Kualiti Barangan Tempatan Sekarang Dah Setanding" - Mierul Aiman Mahu Lebih Ramai Percaya Jenama Malaysia

Sekilas

  • Mierul Aiman percaya produk tempatan kini setanding dengan jenama antarabangsa dari segi kualiti dan identiti.
  • Beliau menegaskan kejayaan jenama bermula dengan penghasilan produk berkualiti sebelum pemasaran dan promosi.
  • Mierul juga menekankan pentingnya cerita dan semangat di sebalik jenama untuk mewujudkan hubungan dengan pengguna.
Advertisement

Pelakon popular, Mierul Aiman menyifatkan kualiti produk tempatan kini sudah mampu berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa, sekali gus membuktikan kemampuan usahawan Malaysia menghasilkan barangan berkualiti.

Menurut Mierul, dia sendiri semakin tertarik dengan perkembangan jenama tempatan yang bukan sahaja menitikberatkan aspek pemasaran, malah memberikan perhatian terhadap kualiti dan identiti produk yang dihasilkan.

Advertisement

“Saya percaya barangan tempatan sekarang semakin mendapat perhatian dan perkara itu sangat dekat dengan diri saya.

“Saya seorang yang mementingkan kualiti. Pada pandangan saya, kualiti barangan tempatan sekarang sudah setanding dengan jenama lain.

“Bukan sekadar hampir setanding, tetapi memang sudah berada pada tahap yang sama,” katanya kepada Gempak.

Mierul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi meet & greet The Overlooked Malaysia: Beyond The Screen Dr. Cardin di IOI Putrajaya baru-baru ini.

Bagi pelakon filem ‘Tarung: Unforgiven’ itu, kejayaan sesebuah jenama tidak seharusnya bergantung kepada strategi pemasaran semata-mata, sebaliknya perlu bermula dengan penghasilan produk yang berkualiti.

“Pengusaha tempatan sekarang semakin memahami bahawa perkara paling penting dalam perniagaan ialah menghasilkan produk yang benar-benar berkualiti.

“Kita perlu mengutamakan kualiti terlebih dahulu sebelum memikirkan soal pemasaran dan promosi.

“Selepas itu, barulah kita melihat bagaimana produk tersebut boleh diperkenalkan kepada komuniti sasaran,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mierul turut melihat persamaan antara industri perniagaan dan dunia lakonan yang diceburinya, khususnya dari segi kepentingan penceritaan serta pembentukan identiti.

Advertisement

Katanya, setiap jenama mempunyai kisah tersendiri yang mampu mewujudkan hubungan lebih dekat dengan pengguna.

“Saya percaya identiti merupakan antara perkara paling penting dalam membangunkan sesebuah jenama.

“Ia bukan sekadar tentang kualiti produk atau bagaimana kita memasarkannya.

“Sebaliknya, kita perlu memahami cerita di sebalik jenama tersebut. Apa yang ingin disampaikan? Apakah identitinya? Bagaimana jenama itu bermula?

“Daripada situ, kita sedar bahawa sebenarnya kita bukan sekadar membeli sesuatu produk, tetapi turut menghargai cerita dan semangat di sebaliknya,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Mierul berkata pengalamannya bekerjasama dengan sekumpulan anak muda menerusi filem ‘Tarung: Unforgiven’ turut mengukuhkan keyakinannya terhadap kemampuan bakat tempatan.

“Filem tersebut dihasilkan bersama sekumpulan anak muda yang sangat bersemangat dan mempunyai minat mendalam terhadap pembikinan filem.

“Sepanjang proses itu, saya semakin jatuh cinta dengan hasil kerja dan produk buatan Malaysia.

“Saya berharap industri tempatan akan terus berkembang dengan sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat.

“Bagi saya, produk tempatan sekarang memang berada pada tahap yang sangat baik,” katanya.

Tambah Mierul, sokongan terhadap jenama tempatan juga bukan sekadar soal membeli barangan, tetapi menghargai usaha, kreativiti dan semangat individu yang membangunkannya.

“Apabila saya menyokong sesuatu jenama tempatan, saya bukan hanya membeli produknya.

“Saya mahu memahami semangat mereka, perjalanan mereka dan nilai positif yang dibawa oleh jenama tersebut,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Must Watch Video

Advertisement