Skip to main content

Hiburan

KUDRAT 1968: Mazli Meninggal Dunia, Abbas Jadi Satu-Satunya Pelajar Beri Kenyataan Berbeza Kepada Polis

KUDRAT 1968: Mazli Meninggal Dunia, Abbas Jadi Satu-Satunya Pelajar Beri Kenyataan Berbeza Kepada Polis

Sekilas

  • Episod ketiga KUDRAT 1968: High Council menampilkan konflik antara Abbas dan Kuda yang berakhir dengan tragedi kematian Mazli selepas cuba menyelamatkan Abbas.
  • Insiden tersebut menjadi kes polis dan Abbas menjadi satu-satunya pelajar yang berani memberikan kenyataan sebenar berbeza daripada pelajar lain.
  • Selain itu, kehilangan tangkal milik Mazli menimbulkan persoalan baru dalam siri prekuel yang mengupas permulaan sistem hierarki rahsia pelajar High Council ini.
Advertisement

Selepas dua minggu menanti, siri KUDRAT 1968: High Council kembali menerusi episod ketiga yang menyaksikan konflik antara Abbas dan Kuda semakin memuncak sehingga membawa kepada satu tragedi yang meragut nyawa.

Segalanya bermula apabila perbuatan Kuda lakonan Mierul Aiman yang menyonglap duit biasiswa pelajar KUDRAT terbongkar selepas didedahkan oleh Abbas.

Advertisement

Tindakan Abbas itu mencetuskan kemarahan Kuda yang mahu membalas dendam serta memberi pengajaran kepadanya.

Bagaimanapun, usaha Kuda untuk mengenakan Abbas bertukar menjadi tragedi apabila Pa cuba memukul Abbas menggunakan kayu hoki.

Ketika keadaan semakin tegang, Mazli muncul untuk menyelamatkan Abbas daripada serangan tersebut. Namun, tindakan itu akhirnya membawa padah apabila Mazli terlibat dalam insiden yang mengubah kehidupan para pelajar KUDRAT.

Advertisement

Insiden berkenaan kemudian menjadi kes polis dan meletakkan para pelajar KUDRAT dalam situasi sukar.

Mereka diminta untuk memberikan kenyataan yang selari bagi menutup perkara sebenar yang berlaku. Namun, Abbas memilih untuk menceritakan kejadian itu berdasarkan apa yang benar-benar berlaku.

Keputusan tersebut menjadikan Abbas satu-satunya pelajar yang memberikan kenyataan berbeza berbanding pelajar lain.

Tindakan Abbas itu sekali lagi memperlihatkan pendiriannya untuk tidak berkompromi dengan perkara yang dianggap salah, meskipun keputusan tersebut berpotensi meletakkannya dalam keadaan sukar.

Selepas beberapa hari menerima rawatan di hospital, Mazli akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Pemergian Mazli pastinya meninggalkan kesan kepada mereka yang terlibat dalam kejadian tersebut, lebih-lebih lagi apabila tindakannya menyelamatkan Abbas menjadi titik penting dalam tragedi berkenaan.

Dalam masa sama, satu lagi persoalan timbul apabila ibu Mazli menyedari tangkal yang pernah diberikannya kepada anaknya itu telah hilang.

Kehilangan tangkal tersebut menimbulkan tanda tanya tentang nasib barang berkenaan dan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kejadian yang menimpa Mazli.

Sekadar info, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

Naskah arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi oleh Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

KUDRAT 1968: High Council sudah mula menemui peminat pada 11 September.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement