Skip to main content

Hiburan

Lakonan Sky Iskandar Dalam Good Boys Go To Heaven Sekali Lagi Raih Pujian Netizen - “Keluar 3 Episode Ja, Tapi…”

Good Boys Go To Heaven

Sekilas

  • Pelakon Sky Iskandar mendapat pujian hebat atas lakonannya dalam drama premium Astro Original, Good Boys Go To Heaven, walaupun hanya muncul dalam tiga episod pertama.
  • Penonton dan netizen memuji kemampuan Sky membawa watak berbeza dari kebiasaan, menjadikan wataknya lebih relatable dan menyentuh emosi.
  • Episod akhir drama ini mendedahkan identiti pembunuh Ahyan, dan dua episod bonus eksklusif akan disiarkan di Astro, Astro Go dan Sooka.

Pelakon, Sky Iskandar terus menerima pujian selepas lakonannya dalam drama premium Astro Original terbitan Astro Shaw iaitu Good Boys Go To Heaven disifatkan sangat terkesan dan berjaya membawa watak tersebut dengan jayanya.

Meskipun hanya muncul pada tiga episod pertama namun, kemampuan Sky dalam membawa watak yang sedikit berbeza dari kebiasaan berjaya meninggalkan impak kepada penonton.

Menurut seorang individu di Threads, lakonan Sky dalam dalam siri premium itu berjaya mengubah persepsinya yang sebelum ini merasakan pelakon itu hanya mampu membawa watak seorang lelaki yang berkarisma dan maskulin.

“Shoutout untuk Sky Iskandar sebab this whole time aku ingat dia boleh bawa watak alpha male je, tapi bila kali ni dia bawa watak reverse alpha male aku macam impress juga.

“Cara dia bawa watak yang subtle tu membuatkan orang jadi lebih kesian dan relate dengan dia.

“Shoutout sebab keluar tiga episod je tapi we should not forget the performance,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai yang bersetuju dengan hantaran berkenaan.

Malah, mereka juga menyifatkan Sky berjaya menghidupkan wataknya dengan lakonan yang bersahaja tetapi cukup menyentuh emosi.

Pada Jumaat, segala teka-teki mengenai siapakah pembunuh Ahyan sudah terlerai apabila Doktor Nahar mengakui perbuatannya itu ketika menculik Yasser.

Meskipun ‘ending’ episod akhir itu dikatakan sedikit tergantung namun satu berita baik buat penonton apabila anda berpeluang untuk menyaksikan dua episod bonus GBGTH eksklusif hanya di Astro, Astro Go dan Sooka.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement