Skip to main content

Hiburan

Lapan Tahun Kahwin, Indah Ruhaila Umum Hamil - “Alhamdulillah, Allah Sebaik-Baik Perancang…”

ghjh

Sekilas

  • Penyanyi Indah Ruhaila mengumumkan dirinya kini sedang hamil selepas lapan tahun berkahwin dengan suami, Ahmad Shariff.
  • Berita gembira itu dikongsi melalui Instagram dengan foto baby bump dan video bersama suami.
  • Perkongsian Indah mendapat ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat yang teruja dengan berita tersebut.

Penyanyi, Indah Ruhaila, berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil.

Perkara itu dikongsi oleh Indah menerusi hantaran beberapa keping foto di Instagram yang jelas menampakkan baby bump-nya, termasuk video bersama suami tercinta, Ahmad Shariff.

Indah turut meluahkan rasa syukur atas rezeki itu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

“Indeed, Allah is the best planner. Alhamdulillah. #8yearsofmiracles,” tulisnya.

Perkongsiannya itu dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta peminat yang sudah lama menantikan berita membahagiakan itu.

Untuk rekod, Indah dan Ahmad Shariff mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2017. 

Semoga segala urusan kehamilan Indah dipermudahkan hingga selamat melahirkan.

 

Must-Watch Video

Advertisement