Skip to main content

Viral

"Lelaki Yang Suka Curang Ni Tak Layak Jadi Suami" - Isa Khan

Astro Gempak isa khan curang

Sekilas

  • Pelakon Isa Khan menegaskan lelaki yang suka curang tidak layak menjadi suami atau imam dalam keluarga menerusi hantaran di Threads.
  • Perkongsian Isa mendapat sokongan ramai warganet yang menegaskan kesetiaan adalah asas penting dalam hubungan.
  • Isu kecurangan dianggap perlu dibincangkan secara terbuka kerana ia sering menjadi punca keretakan rumah tangga.

Pelakon Isa Khan tampil berkongsi pandangannya mengenai isu kecurangan dalam hubungan menerusi platform Threads.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Isa menegaskan bahawa lelaki yang gemar berlaku curang tidak layak untuk bergelar suami apatah lagi menjadi imam dalam sesebuah keluarga.

“Lelaki yang suka curang ni tak layak menjadi suami, macam mana nak jadi imam dalam keluarga kalau belum kahwin pun dah curang,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet dengan ramai tampil menyatakan persetujuan terhadap pandangan yang dilontarkan aktor berkenaan.

Rata-rata berpendapat kesetiaan merupakan asas penting dalam sesebuah hubungan dan seseorang yang gagal menjaga amanah ketika bercinta dikhuatiri akan membawa sikap yang sama selepas mendirikan rumah tangga.

“Betul. Red flags sangat lelaki jenis curang ni,” tulis seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi netizen pula berpendapat isu kecurangan tidak seharusnya dinormalisasikan dalam mana-mana hubungan.

“Patutnya dua tahun lepas cakap benda ni,” komen seorang pengguna.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir individu yang masih memilih untuk berlaku curang walaupun sudah mempunyai pasangan.

“Masalah sekarang yang kahwin pun ramai curang. Nak kata tak layak jadi suami, dia dah jadi suami pun,” tulis seorang netizen.

Sementara itu, ada juga yang menyifatkan kenyataan Isa sebagai sesuatu yang wajar diperkatakan secara terbuka memandangkan isu kesetiaan sering menjadi antara punca keretakan hubungan.

“Kenapa nak kena curang? Bukan tambah masalah ke dalam hidup. Kan lebih baik hidup setia dan bahagia,” tulis seorang lagi pengguna.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement