Skip to main content

Hiburan

Leona Rasa Dah Tiba Masa Berumah Tangga, Doa Agar Jumpa Jodoh Tahun Depan - “Ramai Kawan Dah Kahwin, Saya Cemburu”

Kasih Iris Leona

Sekilas

  • Kasih Iris Leona rasa sudah tiba masa untuk berkahwin selepas melihat ramai rakan-rakannya sudah mendirikan rumah tangga.
  • Dia sangat serius untuk mencari pasangan dan tidak mahu membuang masa dengan hubungan yang tiada hala tuju.
  • Leona berharap tahun 2026 menjadi tahun dia bertemu dengan cinta sejati dan mendapat restu netizen agar tidak terburu-buru.

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona merasakan sudah tiba masa untuk dirinya mendirikan rumah tangga.

Leona yang pernah meluahkan keinginan untuk bergelar isteri tahun lalu berkata, dia berasa cemburu melihat kebanyakkan rakannya sudah mendirikan rumah tangga.

“Saya rasa di usia sekarang ini saya dah patut kahwin sebab ramai kawan saya dah mendirikan rumah tangga.

“Saya rasa cemburu sebab saya pun nak kahwin juga tapi macam mana nak kahwin kalau kekasih pun saya tak ada lagi?,” katanya.

Tambah anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini, keinginannya untuk berkahwin sangat kuat sehinggakan ibu saudaranya pernah berusah untuk mendapatkan calon untuknya.

“Saya teringin sangat nak kahwin sampaikan mak cik saya pernah tanya kawan-kawan dia untuk carikan calon buat saya,” kongsinya.

Di akhir perkongsian, Leona berharap agar 2026 menjadi tahun di mana dia bertemu dengan cinta sejati.

Leona turut menegaskan bahawa dia sangat serius untuk mendirikan rumah tangga dan tidak mahu membuang masa dengan perhubungan yang tidak mempunyai hala tuju.

“Ketika ini saya sangat serius dan kalau seseorang itu sekadar nak bermain dalam perhubungan, lebih baik jangan buang masa saya.

“Doakan agar tahun 2026 adalah tahun di mana saya jumpa teman hidup saya,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesan agar Leona tidak terburu-buru dan menikmati masa mudanya terlebih dahulu.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement