Skip to main content

Selebriti

Linda Rafar Tak Gemar Tayang Suami Di Media Sosial, Risau Penyakit Ain - “Bila Post, Pernah Orang Cakap Menyampah Tengok…”

Linda Rafar tak tayang suami di media sosial

Penyanyi, Linda Rafar mempunyai sebab tersendiri tidak gemar untuk kerap memuat naik foto suaminya, Syed Aiman di media sosial.

Menurut Linda, dia tidak bermaksud untuk merahsiakan kehidupan peribadi, tetapi lebih kepada melindungi keluarganya daripada kecaman dan pandangan hasad dengki yang boleh membawa mudarat.

Advertisement

“Kalau betul ada orang yang perasan saya jarang post gambar suami salah satu sebabnya adalah takut ada orang yang tak suka dan penyakit ain.

“Sebab saya pernah, bila post ada orang cakap menyampah macamlah dia sorang yang ada suami. Pernah ada orang cakap begitu.

“Lagi satu bila post mereka kata tak mesra mesti ada problem. Serba tak kena, kalau mesra nanti dikata over, tak mesra kata ada masalah,” jelasnya.

Linda berkata demikian ketika ditemu bual dalam program No Filter bersama hos, Elly Mazlein.

Dalam pada itu, Linda juga mengakui bahawa media sosial kini sudah menjadi sangat negatif apabila setiap perkongsian boleh disalah tafsir dan dijadikan bahan untuk menghukum.

“Sosial media ini memang membahayakan sikitlah, nasib baiklah kita kuat. Saya memang susah nak balas komen. Sebab kadang-kadang tak baca pun, yang baca adalah keluarga.

“Kalau kita tengok, sosial media sekarang ni sepatutnya positif, tetapi sekarang ini ramai orang yang cuba cari kesilapan.

“Sikit sahaja kesilapan mereka akan teruscari point untuk menyalahkan artis itu. Tapi kalau mereka suka, buruk macam mana pun dipuji pula,” ujarnya.

Saksikan No Filter musim kedua, setiap Rabu, jam 8 malam di platform Gempak, On Demand dan sooka.

Must-Watch Video