Skip to main content

Hiburan

Mahu Diboikot Kerana Beli Pizza Jofliam? Netizen Ingatkan Wany Hasrita Rezeki Di Tangan Allah - “Manusia Zaman Sekarang Berebut Nak Jadi…”

Wany Hasrita

Sekilas

  • Wany Hasrita menjadi perhatian selepas memuat naik gambar pizza wagyu yang dipercayai diusahakan oleh usahawan Jofliam.
  • Beberapa netizen mengugut mahu memboikot karier seni Wany berikutan hantaran tersebut.
  • Seorang individu tampil mempertahankan Wany dengan mengingatkan bahawa rezeki adalah ketentuan Allah dan menasihati orang ramai supaya tidak berlebihan dalam menghukum.

Nama penyanyi, Wany Hasrita mula menjadi bualan selepas memuat naik gambar pizza wagyu dipercayai diusahakan usahawan sensasi, Jofliam.

Hantaran itu mula mendapat perhatian sekali gus membuatkan segelintir netizen mengugut mahu memboikot karier seninya.

Walau bagaimanapun, seorang individu tampil mempertahan Wany dan mengingatkan pelantun lagu Menahan Rindu itu bahawa rezeki setiap manusia merupakan kententuan Allah.

“Kepada Wany Hasrita, ketahuilah rezeki manusia semua dah ditentukan oleh Allah. Kau pegang itu saja.

“Manusia zaman sekarang semua berebut nak jadi 'tuhan'. Asal salah sikit, dorang punya tahap menghukum Nauzubillah mengalahkan hukuman Allah. Makan pizza je pun sampai nak boikot?,” ujarnya.

Di akhir ciapan, individu itu turut menasihati orang ramai agar berpada-dalam dalam membenci agar diri tidak terpesong.

“Mencaci maki pada pembeli pizza dengan gelaran yg tak baik? Alahai, begitu sekali nafsu kebencian dorang ye sampai terpalit dengan orang lain.

“Berpada-pada lah nak menyokong orang lain sekali pun, jagan sampai terpesong,” katanya.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement