Skip to main content

Hiburan

“Mak Cik Saya Berniaga Pondok Buruk, Dia Selalu…” - Kebaikan Amira Othman 10 Tahun Lalu Jadi Bualan Wargamaya

Amira Othman

Sekilas

  • Seorang wargamaya berkongsi pengalaman manis tentang Amira Othman yang sangat merendah diri walaupun namanya sedang naik dengan lagu Hati-Hati sekitar 10 tahun lalu.
  • Amira adalah pelanggan tetap gerai nasi milik ibu saudara individu tersebut di Ampang dan sering datang walaupun kedai itu pernah tutup.
  • Perkongsian ini mengingatkan bahawa kebaikan seseorang akan sentiasa dikenang walaupun sudah bertahun-tahun berlalu.
Advertisement

Kebaikan Amira Othman kembali menjadi perhatian apabila seorang wargamaya berkongsi semula pengalaman manis melibatkan penyanyi itu sekitar 10 tahun lalu.

 

Advertisement

Menerusi satu hantaran di Threads, individu berkenaan memuji Amira sebagai seorang yang sangat merendah diri meskipun ketika itu namanya sedang meningkat naik menerusi lagu Hati-Hati.

 

Menurutnya, isteri kepada aktor Fattah Amin itu adalah pelanggan tetap di gerai milik ibu saudaranya yang menjual nasi di Ampang.

 

“Ya. Amira Othman sangat-sangat humble. Mak cik saya meniaga kat Ampang, pondok buruk saja… dia selalu datang. Pernah tutup kedai, keesokan dia datang lagi tanya kenapa tutup. 

 

“Dia suka nasi yang mak cik saya jual. Sekarang dah 10 tahun dah kedai tutup. Masa itu dia baru naik dengan lagu Hati-hati. Sangat-sangat baik. 

 

“Semoga Amira Othman dipermudahkan segala urusan, aman damai bersama keluarga,” tulis individu tersebut. 

 

Perkongsian itu kemudian dimuat naik semula oleh seorang lagi pengguna Threads yang menyifatkan setiap kebaikan yang dilakukan seseorang pasti akan dikenang walaupun sudah bertahun-tahun berlalu.

 

“Berbuat baik la, sebab kebaikan anda walaupun dah bertahun-tahun pasti akan disebut-sebut dan diingati 🤍,” katanya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Must Watch Video

Advertisement