Sekilas
- Filem Malam Terlarang mencatat 12 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-35 termasuk kategori Pelakon Wanita dan Pengarah Harapan.
- Filem Tarung: Unforgiven turut mendapat 10 pencalonan dengan pelakon-pelakonnya juga tersenarai dalam kategori utama.
- Majlis pengumuman di Kuala Lumpur turut meraikan penggiat seni veteran dan mengumumkan dana RM1 juta untuk pemenang Filem Terbaik FFM35.
Filem Malam Terlarang terus membuktikan keunggulan apabila tercalon bagi 12 kategori di Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).
Kategori yang dimaksudkan adalah Poster Terbaik, Rekaan Kostum/Busana Terbaik, Tatarias/Solekan Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Kesan Khas Visual Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik dan Penyunting Terbaik.
Tidak hanya itu, pelakon Malam Terlarang iaitu Aila Azizul, Sofia Jane dan Shasha Abedul masing masing tercalon bagi kategori Pelakon Harapan Wanita, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.
Malam Terlarang yang juga merupakan filem terbitan Astro Shaw ini juga turut dicalonkan untuk kategori Pengarah Harapan (Allahyarham Norhanis Muhammad).
Tidak kurang hebat ialah filem Tarung: Unforgiven yang turut tercalon bagi 10 kategori iaitu Tatarias/Solekan Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penyunting Terbaik, Sinematografi Terbaik, Aksi Dan Lagak Ngeri Terbaik.
Sementara barisan pelakonnya iaitu Mierul Aiman, Azira Shafinah dan Aedy Ashraf turut tercalon bagi kategori Pelakon Harapan Lelaki, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Dalam pada itu, sebuah lagi filem terbitan Astro Shaw iaitu Abah Saya Uncle Mike turut mendominasi FFM35 dengan 8 pencalonan.
Filem arahan Ezrie Gazali itu tercalon bagi kategori Sinematografi Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.
Bagi pelakon filem tersebut iaitu Merah Muhaimin, Umar Shakur, Andy Teh dan Idan Aeden masing-masing tercalon bagi kategori Pelakon Lelaki Harapan, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik.
Bagi pengarahnya iaitu Ezrie Gazali, dia juga tercalon dan bakal berentap dengan empat lagi calon yang lain bagi kategori Pengarah Harapan.
Bagi kategori Filem Terbaik pula, dua karya terbitan Astro Shaw iaitu Malam Terlarang dan Abah Saya Uncle Mike bakal berentap dengan tiga lagi karya yang lain iaitu Macai, Khadam dan Mother Bhumi.
Senarai nama tersebut diumumkan ketika majlis Malam Perasmian & Pengumuman Top 5 FFM 35 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Hadir merasmikan majlis pengumuman itu ialah Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
Sempena penganjuran FFM35, satu program tribute khas juga diadakan sebagai penghargaan buat penggiat seni veteran tanah air.
Mereka yang diraikan ialah pengarah fan penerbit, Datuk Yusof Haslam, pelakon Norlia Ghani, AR Badul dan Noorkumalasari
Sementara itu turut diumumkan pemberian dana kandungan kreatif berjumlah RM1 juta bagi pemenang Filem Terbaik.
Malam kemuncak Anugerah FFM35 akan berlangsung pada 21 November 2026 di Istana Budaya.