Skip to main content

Hiburan

Marthino Lio Kongsi Cabaran Watak Darso Dalam Badut Gendong, Tertampar Pelakon ’Stunt’ Gara-Gara Mata Tertutup

Astro Gempak 230

Sekilas

  • Marthino Lio menjalani latihan intensif selama 10 minggu termasuk babak pertarungan dengan mata tertutup untuk filem seram aksi Badut Gendong.
  • Pelakon itu perlu menggalas patung seberat 5 hingga 6 kilogram dan mengikuti arahan koreografi tanpa improvisasi demi mengekalkan emosi watak.
  • Filem arahan Charles Gozali ini kini ditayangkan di pawagam Malaysia dan merupakan sebahagian daripada francais Universe Qodrat.
Advertisement

Pelakon Indonesia, Marthino Lio sanggup menjalani latihan intensif selama 10 minggu termasuk melibatkan adegan pertarungan dengan mata tertutup demi menjayakan filem seram aksi, Badut Gendong.

Menurut laporan media Indonesia, Marthino yang memegang watak utama sebagai Darso mengakui karakter tersebut merupakan antara cabaran paling sukar pernah dilakonkannya sepanjang bergelar pelakon.

Advertisement

“Nasib baik kami dapat pasukan koreografi dan aksi yang sangat bagus. Kami ada Kang Cecep dan Bang Joe yang banyak membantu sepanjang latihan dan penggambaran,” katanya.

Marthino berkata, dia bukan sahaja perlu melakonkan babak pertarungan tanpa membuka mata, malah terpaksa menggalas patung Badut Gendong seberat sekitar lima hingga enam kilogram sepanjang penggambaran.

“Kalau berat, memang kami buat seautentik mungkin. Patung itu seberat sekitar lima hingga enam kilogram,” ujarnya.

Tambah pelakon berusia 36 tahun itu, dia memilih untuk mengikut sepenuhnya arahan koreografi daripada pengarah Charles Gozali dan koreografer tari bagi memastikan emosi serta pergerakan watak Darso kekal seperti yang dirancang.

“Untuk babak tarian, saya ikut sepenuhnya arahan daripada Eli dan Charles. Saya langsung tidak menambah sebarang improvisasi kerana mahu mengekalkan ‘rasa’ yang dibina sejak awal,” katanya.

Malah, Marthino turut berkongsi pengalaman lucu apabila beberapa kali tidak sengaja menampar pelakon lagak ngeri ketika melakonkan babak aksi dengan mata tertutup.

“Pelakon lagak ngeri memang kuat sebab ramai jadi mangsa saya. Tiba-tiba saya tertampar mereka, saya minta maaf, kemudian buka mata sekejap, lepas itu tertampar lagi,” katanya sambil ketawa.

Jelasnya lagi, sebelum penggambaran bermula, dia perlu menjalani latihan tarian, seni mempertahankan diri dan koreografi pertarungan hampir setiap hari selama kira-kira 10 minggu.

“Pada waktu pagi kami berlatih menari, kemudian sambung latihan seni mempertahankan diri dan diteruskan dengan latihan koreografi aksi sepanjang tempoh 10 minggu itu,” katanya.

Untuk rekod, Badut Gendong diarahkan Charles Gozali dan menjadi sebahagian daripada pengembangan Cross-Universe Qodrat.

Filem tersebut mengisahkan Darso, seorang penghibur jalanan yang hilang kewarasan selepas isterinya, Darsi serta bayi dalam kandungan maut dibunuh sekumpulan samseng sehingga mendorongnya terjerumus ke dalam dunia penuh dendam dan kuasa gelap.

Filem tersebut merupakan antara naskhah di bawah francais Universe Qodrat yang telah mempunyai kelompok peminat tersendiri di Malaysia menerusi kejayaan filem Qodrat (2022) dan Qodrat 2 (2025).

Dalam masa sama, filem ini merupakan terbitan MAGMA Entertainment, Komet Productions, Legacy Pictures, Skop Productions, Enotech, Astro Shaw, Applause, Virtuelines Entertainment, VMS Studio, Caravan Studio dan Alunan.

Badut Gendong kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Must Watch Video

Advertisement