Skip to main content

Hiburan

Meet Your Idol: Aisha Retno Pernah Rasa Tidak Diterima, Kecewakan Keluarga - "Ketika Itu Saya..." 

Meet Your Idol: Aisha Retno Pernah Rasa Tidak Diterima, Kecewakan Keluarga - "Ketika Itu Saya..." 

Sekilas

  • Aisha Retno pernah melalui fasa sukar apabila berasa tidak diterima oleh masyarakat dan industri muzik, menyebabkan dia kecewa pada diri sendiri serta keluarga dan peminat.
  • Dia dibesarkan dalam keluarga yang kuat pegangan, namun menghadapi cabaran apabila ingin mengejar minat sendiri dan impian yang dianggap terlalu besar oleh sesetengah pihak.
  • Aisha percaya setiap pengalaman ada hikmah dan kejayaan mungkin belum tiba pada masanya ketika itu.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Aisha Retno mengakui pernah melalui fasa sukar dalam kehidupannya sehingga timbul perasaan seolah-olah dirinya tidak diterima oleh masyarakat mahupun penggiat industri muzik.

Menurut Aisha, pengalaman tersebut membuatkan dia berasa kecewa terhadap diri sendiri, apatah lagi apabila merasakan dirinya turut mengecewakan keluarga dan peminat yang sentiasa memberikan sokongan.

Advertisement

“Saya pernah berada di satu titik yang membuatkan saya rasa seperti tidak pernah diterima langsung oleh masyarakat atau orang dalam industri.

“Saya pernah mengecewakan keluarga dan peminat. Ketika itu, saya rasa industri muzik ini bukan untuk saya kerana semuanya terlalu berat untuk dihadapi,” katanya kepada Daniel Cheang sewaktu pengambaran siri Meet Your Idol.

Tambah pelantun lagu W.H.U.T itu, dia dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mempunyai sistem dan pegangan yang kuat.

Advertisement

Bagaimanapun, apabila semakin dewasa, dia mempunyai keinginan untuk menentukan haluan sendiri serta mengejar perkara yang benar-benar diminatinya.

Namun, perjalanan tersebut bukanlah mudah apabila ada pihak yang kurang yakin dengan potensi dimilikinya, malah ada juga yang menganggap impiannya terlalu besar.

“Saya dibesarkan dalam sistem keluarga yang cukup kuat, tetapi apabila kita semakin dewasa, kita hanya mahu mengikut apa yang kita minat.

“Kadangkala ada orang yang tidak percaya dengan potensi kita. Ada juga yang merasakan kita terlalu melebih-lebih apabila mahu melakukan pelbagai perkara.

“Situasi itu membuatkan saya tertanya-tanya, apa yang saya buat selama ini tidak cukupkah?” ujarnya.

Bagaimanapun, Aisha percaya setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri dan mungkin ketika itu kejayaan yang diharapkan masih belum menjadi rezekinya.

“Namun, saya rasa mungkin pada ketika itu Allah belum lagi mahu memberikan kejayaan yang kita perlukan,” katanya lagi. 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement