Skip to main content

Hiburan

“Memang Kecewa Dengan Diri Sendiri, Tak Puas Hati Dengan Lakonan Saya” – Elizabeth Tan

“Memang Kecewa Dengan Diri Sendiri, Tak Puas Hati Dengan Lakonan Saya” – Elizabeth Tan

Sekilas

  • Elizabeth Tan mengakui kecewa dengan lakonannya dalam filem Pemuja Syaitan selepas menonton hasil akhir naskhah tersebut.
  • Dia merasakan persembahannya kurang memberi impak dan berharap dapat melakukan proses alih suara untuk beberapa babak.
  • Elizabeth menganggap dirinya pengkritik paling keras dan menggalakkan penonton menonton filem arahan Liyana Jasmay itu yang akan ditayangkan mulai 15 Oktober.
Advertisement

Pelakon Elizabeth Tan mengakui kecewa dengan lakonannya sendiri dalam filem Pemuja Syaitan selepas menonton hasil akhir naskhah sulung arahan Liyana Jasmay itu malam tadi. 

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy berkata, dia merasakan persembahannya dalam beberapa babak tidak mencapai tahap yang diharapkan selain menganggap dirinya kurang memberikan impak.

“Sebenarnya saya tak suka lakonan saya. Bila tengok, saya rasa macam ‘oh my God, I under-acted, I under-perform’.

“Kalau boleh, saya harap dapat beri lebih lagi. Bila tengok, saya rasa performance saya tak cukup dan ini bukan persembahan terbaik saya,” katanya.

Menurut Lizzy, terdapat juga beberapa babak yang membuatkan dia berharap diberi peluang melakukan proses alih suara kerana merasakan suaranya kurang jelas dalam hasil akhir.

Bagaimanapun, dia mengakui dirinya sendiri merupakan pengkritik paling keras terhadap setiap hasil kerja yang dilakukan.

“Setiap kali kerja yang saya buat, orang paling kritikal terhadap diri saya adalah saya sendiri.

“Kalau saya sendiri menilai macam itu, saya jangkakan orang lain akan menilai saya dengan cara sama dan saya rasa itu adil,” ujarnya.

Tambah Lizzy, rasa kurang puas hati tersebut bukan disebabkan gangguan ketika penggambaran, sebaliknya berlaku kerana hasil suntingan akhir berbeza daripada apa yang dibayangkannya ketika berada di set.

“Saya jangkakan cara ‘cutting’ dia berbeza. Masa berlakon, saya fikir mereka akan guna syot tertentu tetapi mereka guna syot lain.

“Tapi itu silap saya juga. Sepatutnya saya beri lakonan sebaik mungkin untuk semua syot. Ada banyak syot saya tengok dan terfikir, ‘Kenapa mereka pilih yang ini?’” katanya.

Lizzy turut mengakui kejayaan pernah meraih trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33) membuatkan dia meletakkan jangkaan lebih tinggi terhadap dirinya sendiri.

“Bukan orang saja ada expectation, saya sendiri ada expectation untuk diri sendiri.

“Saya nak bila tengok lakonan sendiri, saya puas. Tapi bila tengok ini, saya kecewa dengan diri sendiri. Saya tak capai tahap kepuasan saya,” katanya.

Menurutnya, ketika berada di set, dia merasakan sudah memberikan persembahan terbaik namun hanya menyedari beberapa kekurangan selepas melihat hasil akhir di layar.

“Saya belajar daripada setiap kerja yang saya buat. Malangnya saya tak puas hati dengan lakonan saya dalam cerita ini.

“Tapi ia tetap sebuah filem yang bagus. Korang tetap kena tengok untuk Liyana Jasmay dan pelakon-pelakon lain.

“Saya memang jujur. Saya tak suka ‘cover-cover’. Kalau saya tak suka, saya cakap saya tak suka lakonan saya. Saya memang kecewa dengan diri sendiri,” katanya.

Pemuja Syaitan merupakan karya sulung arahan Liyana Jasmay yang dibintangi Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Nadhir Nasar dan Aila Azizul.

Terbitan Mermaid Studio, filem tersebut bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober depan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Must Watch Video

Advertisement