Ringkasan AI
- Kumpulan K-pop ZEROBASEONE (ZB1) menyanyikan lagu Melayu 'Luar Biasa' dengan lancar di konsert mereka di Kuala Lumpur.
- Persembahan mereka mendapat pujian netizen kerana tiada langsung sebutan Korea dalam lagu tersebut.
- Ahli kumpulan seperti Ricky dan Yujin dipuji kerana sebutan mereka yang hampir sempurna dalam bahasa Melayu.
- Video persembahan ZB1 di TikTok mendapat sambutan hangat daripada peminat Malaysia.
- ZB1 akan meneruskan jelajah dunia mereka ke beberapa bandar Asia sehingga Disember 2025.
Kumpulan K-pop, ZEROBASEONE (ZB1) mencuri perhatian peminat dan netizen Malaysia apabila mereka menyanyikan lagu berbahasa Melayu dengan lancar di konsert jelajah dunia mereka, ‘2025 ZEROBASEONE WORLD TOUR [HERE&NOW]’ di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Menerusi satu hantaran di TikTok, ZB1 yang dianggotai oleh Sung Han-Bin, Kim Ji-Woong, Zhang Hao, Seok Matthew, Kim Tae‑rae, Ricky, Kim Gyu‑vin, Park Gun‑wook dan Han Yu‑jin telah menyampaikan lagu Luar Biasa nyanyian asal Ismail Izzani.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen begitu kagum kerana kumpulan itu dapat membawakan lagu tersebut dengan baik sekali tanpa ada ‘slang’ Korea.
“Tak pelat langsung.
“Yujin sumpah bunyi melayu.
“Tak ada bunyi slang Korea langsung.
“Ahmad Ricky.
“Adui betul-betul luar biasa,” tulis netizen.

Kumpulan ini juga dijadualkan untuk menjelajah di beberapa bandar Asia termasuk Bangkok (Thailand), Saitama (Jepun), , Singapura, Taipei (Taiwan) dan Hong Kong sehingga Disember 2025.