Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Mengaku Jadi Batu Api, Mamat Sepah Buat Permohonan Maaf - “Semoga Kita Boleh Berdamai…”

Mengaku Jadi Batu Api, Mamat Sepah Buat Permohonan Maaf - “Semoga Kita Boleh Berdamai…”

Sekilas

  • Mamat Sepah mengaku dirinya punca konflik antara Jep dan Shuib Sepahtu yang turut memberi kesan kepada Shuib dan keluarganya.
  • Beliau memohon maaf secara terbuka kepada Jep dan penyokongnya serta berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik.
  • Mamat juga menyeru agar penghantaran mesej negatif dan kutukan terhadap dirinya dan Shuib dihentikan demi kebaikan bersama.
Advertisement

Pelawak, Mamat Sepah mengakui konflik yang berlaku antara dua sahabatnya iaitu Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu berpunca daripada dirinya.

Menerusi satu sesi siaran langsung yang dilakukan di media sosial, pemilik nama Mohd Noor Haji Murad ini mengakui tindakannya yang menjadi batu api telah membuatkan konflik tersebut tercetus sehingga rakannya Shuib menerima tempias.

Advertisement

Ujar Mamat, Shuib serta keluarganya yang menerima tempias tidak bersalah malah dia meletakkan kesemua kesalahan itu ke atas dirinya.

“Saya tak marah kepada mereka yang DM,  maki saya sepanjang saya buat live dan yang kata saya ini batu api.

“Betul. Kalau tengok dalam video tu, sayalah batu api sebenarnya. Saya yang ‘spark’ kan cerita itu sehingga Shuib pun terikut-ikut dan terjebak sekali dalam episod Dol's Podcast itu.

Advertisement

“Sebenarnya Shuib tak ada salah apa pun. Shuib tak salah malah ahli keluarga dia pun (tak bersalah). Saya yang ‘spark’ kan cerita itu,” kongsi Mamat.

Sehubungan dengan itu, juara program Raja Lawak musim ketiga ini membuat permohonaan maaf atas kekhilafannya terhadap Jep serta penyokongnya dan berharap agar mereka dapat berdamai dengan cara yang baik.

“Saya mohon maaf secara terbuka supaya dapat selesaikan ish ini dengan penyokong Jep. Saya dengan rendah hati dan juga ikhlas memohon maaf semua.

“Permohonan maaf secara terbuka ni saya buat bukan kerana desakan daripada siapa-siapa. Ini adalah daripada keikhlasan hati saya selepas tiga minggu saya berfikir.

“Saya cakap mungkin hari ini adalah waktu yang sesuai untuk saya dedahkan dan juga untuk saya luahkan kepada semua follower-follower Jep Sepahtu.

“Semoga kita boleh berdamai dengan cara yang baik dan terus menyokong Jep Sepahtu serta menyokong apa sahaja yang kami lakukan tak kiralah Jep, Shuib, Pak Ya mahupun Rahim. Doakanlah kita sama-sama di bawah lindungan Allah,” tambahnya.

Dalam pada itu, Mamat berharap agar segala tohmahan melalui hantaran mesej (DM) mahupun komen sewaktu dirinya atau Shuib melakukan sesi siaran langsung dapat dihentikan.

“Saya faham sebagai seorang penyokong, kita mesti rasa marah bila artis kita disentuh, diperkotak-katikkan.

“Saya mohon maaf dan kepada masih lagi menghantar DM kepada saya dengan kata-kata yang tak berapa  enak untuk didengar dan dibaca, saya mohon untuk kita berhentikan sama-sama untuk menghantar DM sebegitu.

“Begitu juga kepada Shuib yang sentiasa kena kutuk, kita sama-samalah jadi manusia yang yang ada kesedaran macam saya, saya dah sedar dengan kesilapan saya.

“Kita sama-samalah perbaiki diri kita dan berdoa semoga Allah hindarkan kita daripada kesilapan, daripada membuat perkara yang salah sehingga mendapat kecaman daripada orang di luar sana,” katanya lagi.

Terdahulu, Shuib tampil memohon maaf kepada Jep atas sindirian yang dilakukan terhadap rakannya itu ketika mengendalikan audio siar yang diberi nama Dol’s Podcast.

Sebelumnya pada 8 Oktober lalu, Jep menyorot perhatian apabila memuat naik potongan klip daripada sebuah episod podcast yang memaparkan pelawak Shuib dan Mamat meminta pandangan pelawak Azlee Senario mengenai isu pembahagian bayaran dalam kumpulan yang didakwa dilakukan secara tidak adil.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, perkongsian berkenaan dipercayai seolah-olah merujuk kepada Jep yang juga merupakan anggota kumpulan Sepahtu.

Jep dalam hantaran sama turut menasihati Shuib supaya menyelesaikan perkara yang lebih penting, termasuk isu potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perniagaannya yang pernah tertunggak sebelum ini.

Jep kemudiannya tampil memuat naik resit pembayaran zakat perniagaan yang dilunaskan setiap tahun.

Menurut Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk bermegah dengan jumlah zakat yang dibayar, sebaliknya sebagai bukti bahawa dia tidak pernah mengambil hak orang lain.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement