Skip to main content
Advertisement

Hiburan

"Mereka Bagi Kata-Kata Motivasi..." - Aina Abdul Terharu Terima Sokongan Peminat Luar Untuk Eurovision

"Mereka Bagi Kata-Kata Motivasi..." - Aina Abdul Terharu Terima Sokongan Peminat Luar Untuk Eurovision

Sekilas

  • Aina Abdul merancang untuk mempersembahkan lagu berbahasa Inggeris di pentas Eurovision dan sedang berbincang dengan pemuzik Mac Chew mengenai susunan lagu tersebut.
  • Belum diputuskan sama ada pasukan dan kelengkapan persembahan akan dibawa dari Malaysia atau menggunakan tenaga kerja di Thailand, namun Aina berbangga jika dapat membawa pasukan kreatif Malaysia.
  • Aina menerima sokongan dan kata-kata motivasi daripada peminat Eurovision luar negara selepas pengumuman penyertaannya, dan album terbarunya dijangka diteruskan dalam tahun ini.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul merancang untuk tampil dengan karya berbahasa Inggeris sewaktu beraksi di pentas Eurovision.

Bagaimanapun, jelas Aina dia masih berbincang dengan pemuzik, Mac Chew mengenai susunan dan hala tuju lagu yang bakal dipersembahkan di pentas Eurovision.

Advertisement

“Ya, saya mengambil keputusan untuk, insya-Allah, it’s going to be English. Tapi hala lagu itu saya tengah discuss lagi dengan Matthew. How are we going to do it?

Dia pun sedang sibuk tapi it’s really difficult this time. Saya cuma harap yang menonton sekarang ini, interview ini akan bagi saya good vibe. Bagi saya doa yang baik-baik.

“Sebab kadang-kadang benda itu akan datang bila doa korang makbul, tiba-tiba saya dapat satu idea yang best,” katanya.

Dalam pada itu, Aina masih belum dapat memastikan sama ada keseluruhan kelengkapan persembahannya kelak akan dibawa dari Malaysia atau menggunakan khidmat pasukan serta tenaga kerja di Thailand.

Bagaimanapun, Aina mengakui dirinya tetap berbangga sekiranya berpeluang membawa pasukan kreatif dari Malaysia untuk bersama-sama merealisasikan persembahannya di Eurovision.

“Itu kita tak pasti lagi sebab kita bermain dengan negara luar sekarang ni. And they also have tenaga kerja yang sangat expert kat sana juga.

“So, I also kena respect dengan team kerja di sana. Tapi kita bangga lah kalau kita boleh bawa team kita sendiri kan. Sebab we have a lot of talents daripada Malaysia.

“Dan apa yang saya pamerkan dekat setiap AJL itu, semuanya anak jati Malaysia yang buat. So, saya bangga lah kalau saya dapat bawa team saya sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, Aina meluahkan rasa gembira apabila pengumuman mengenai penyertaannya dalam Eurovision mendapat perhatian peminat dari luar negara.

Menurut Aina, dia menerima banyak mesej peribadi daripada peminat Eurovision yang memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepadanya.

“Saya happy lah sebabnya lepas diumumkan Eurovision ini, saya dapat banyak DM daripada peminat daripada luar.

“Sebenarnya itu jarang berlaku sebelum ini, tak pernah berlaku pun.

“So dapat juga DM daripada peminat-peminat Eurovision yang... sahabat tahun ini kan. Mereka ada DM juga, mereka bagi saya kata-kata motivasi yang sangat best,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Aina turut mengesahkan perancangan album terbaharunya masih berada di landasan dan dijangka diteruskan dalam tahun ini.

Katanya, meskipun fokus utama ketika ini adalah untuk menyelesaikan persiapan Eurovision, dia tetap menyasarkan agar proses penghasilan album berkenaan dapat dimulakan dan diteruskan seperti yang dirancang.

“Masih on track, alhamdulillah. Sebabnya kita ada, macam kita ada theme lah.

“Macam album kan banyak bekerjasama dengan Vega Antares. So, okey lagi so far. Insya-Allah kita tidak akan delay. Mungkin kita kena selesaikan Eurovision dulu tapi dalam tahun ini jugalah.

“Saya nak aim untuk lembaran itu bermula tahun ini juga. Sebab kita dah bermula dengan BerjauhanSadis. So, kita tak nak hentikan cycle itu. Insya-Allah album itu,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement