Skip to main content

Hiburan

“Minta Maaf Tak Mampu Bagi Lebih” - Hadie Hadiahkan Ina Naim Rantai Emas Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Hadie Elfardie

Sekilas

  • Hadie Elfardie buat kejutan hadiahkan rantai emas kepada ibunya, Ina Naim, sempena ulang tahun kelahiran.
  • Hadie mohon maaf kerana tidak dapat beri hadiah mewah dan ucap selamat hari jadi buat ibunya di TikTok.
  • Netizen terharu dengan pengorbanan Ina membesarkan anak-anak selepas pemergian suami, Allahyarham Suhaimi Saad.

Penyanyi meningkat naik, Hadie Elfardie membuat satu kejutan buat ibunya, Ina Naim bersempena ulang tahun kelahirannya.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Hadie berkongsi momen dirinya menghadiahkan Ina seutas rantai emas sambil berlatarbelakangkan lagu ‘Lelaki Ini’ nyanyian asal penyanyi, Anuar Zain.

Di ruangan kapsyen, Hadie menitipkan ucapan hari lahir buat Ina sambil memohon maaf kerana tidak dapat memberikan hadiah mewah buat ibunya.

“Minta maaf ibu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi, syurgaku,” luahnya Hadie.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu serta sebak melihat perkongsian Hadie tersebut.

Mereka juga menyifatkan Ina sangat layak menerima hadiah tersebut selepas pengorbanannya yang membesarkan anak-anak selepas pemergian suami tercinta, Allahyarham Suhaimi Saad.

Untuk info, Hadie merupakan anak sulung hasil perkahwinan Ina dan penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad.

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team itu disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam ini di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru pada November 2023 yang lalu.

Untuk rekod, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

Must-Watch Video

Advertisement