Skip to main content

Hiburan

Minta Siti Nurhaliza ‘Top Up’ RM400 Untuk Beli Hadiah Anak, Wanita Ditegur Fedtri Yahya - “Jangan Sampai Membuang Maruah”

Astro Gempak 259

Sekilas

  • Seorang ibu tular meminta bantuan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menambah RM400 bagi membeli set buku dan alat mewarna kegemaran anaknya.
  • Wanita itu memetik nama Siti dalam ciapan sebelum memadamnya selepas menerima kecaman netizen.
  • Personaliti TV Fedtri Yahya menasihati wanita tersebut supaya mengukur kemampuan diri sebelum memenuhi permintaan anak melalui pantun.
Advertisement

Baru-baru ini, tular satu hantaran dibuat seorang wanita bergelar ibu yang dilihat meminta bantuan daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk mencukupkan wang kerana mahu membeli set buku dan alat mewarna yang menjadi idaman anaknya.

Menerusi ciapan yang dibuat, wanita berkenaan memaklumkan bahawa dia hanya dapat mengumpul separuh daripada harga barangan tersebut dan memerlukan lagi RM400 bagi membeli hadiah berkenaan.

Advertisement

Wanita tersebut turut dilihat memetik (tag) nama Siti pada ciapan tersebut sebelum memilih untuk memadamnya selepas mendapat kecaman ramai.

“@ctdk (Siti Nurhaliza), kalau sudi topup sikit untuk beli gift pada anak saya. Satu set buku dan set mewarna ni dia suka sangat-sangat.

“Tapi mahal sangat saya tak mampu. Saya dah kumpul duit pun baru dapat RM400, lagi RM400 tak cukup.

“Saya memang nak sangat tengok dia happy dapat set mewarna tu,” kongsinya.

Hantaran itu kemudiannya bukan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen malah turut mendapat respon daripada personaliti televisyen terkenal, Fedtri Yahya.

Di ruangan komen, Fedtri Yahya dilihat menasihati wanita itu untuk mengukur kemampuan sebelum mahu memenuhi permintaan anak dengan menggunakan serangkap pantun.

“Kalau lampu katakan lampu
Tak akan sumbu cahaya melimpah
Tak mampu akurlah tak mampu
Jangan sampai membuang maruah,” tulis Fedtri.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement