Skip to main content

Selebriti

Misi Solat 5 Waktu: Merah Muhaimin Seronok Berlakon Bersama Elly Mazlein & Azhan Rani - “Mereka Tak Sama Dengan Yang Lain…”

Merah Muhaimin

Sekilas

  • Pelakon Merah Muhaimin teruja dapat berlakon bersama pelakon senior seperti Elly Mazlein dan Azhan Rani dalam drama terbaru Misi Solat Lima Waktu.
  • Suasana harmoni di set penggambaran membantu membina keserasian antara pelakon, menjadikan lakonan lebih natural dan menyentuh hati penonton.
  • Drama ini diadaptasi daripada komik Islamik popular dan akan ditayangkan di Astro Ceria mulai 20 Februari, juga boleh distrim di Astro Go dan sooka.

Pelakon, Merah Muhaimin meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang untuk bergandingan bersama barisan pelakon senior dalam drama terbaharu berjudul Misi Solat Lima Waktu.

Menurut Merah, pengalaman berlakon bersama nama-nama besar industri seperti Elly Mazlein dan Azhan Rani merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna dalam perjalanan seninya.

“Saya seronok apabila dapat berlakon dengan artis-artis ‘legend’ seperti Kak Lina Pom Pom (Elly Mazlein), Azhan Rani,” ujarnya.

Merah berkata demikian ketika ditemui pada acara sesi temu bual bersama penulis, pelukis dan barisan pelakon Misi Solat Lima Waktu bertempat di MPH Bookstores, TRX Exchange pada Sabtu.

Tambah Merah lagi, suasana harmoni di set penggambaran banyak membantu dalam membina keserasian antara pelakon, sekali gus menjadikan hasil lakonan lebih natural dan menyentuh hati penonton.

“Mereka ketika berada di set penggambaran tidak seperti artis-artis lain yang fokus untuk watak sahaja, sebaliknya mereka tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan keserasian dan merapatkan silaturrahim ketika bekerja.

“Jadi boleh nampak dalam cerita itu yang mereka ini adalah keluarga, bukannya bergaduh,” katanya.

Paling manis kata Merah adalah apabila dia turut menerima tunjuk ajar secara langsung daripada Elly Mazlein yang tidak lokek berkongsi ilmu lakonan.

“Kak Lina ada juga berkongsi cara-cara untuk berlakon di hadapan kamera dan bagaimana caranya untuk kita menghayati sesebuah karakter yang diberikan.

“Supaya dapat tunjukkan pada penonton yang kita ini bawa karakter apa. Jadi itu adalah antara perkongsian Kak Lina,” jelasnya.

Selain Merah, drama ini juga dibintangi oleh Mikael Noah, Natasha Nazira, Anugerah Anas, Elly Mazlen, Azhan Rani, Sweet Qismina, Adam Lee, Ryan Rifqi, Laura Olivia dan Datuk Razak Ahmad.

Misi Solat Lima Waktu diadaptasi daripada komik Islamik terlaris dengan judul yang sama karya Nazry Salam dan Nazrul Ali.

Misi Solat Lima Waktu akan ditayangkan di Astro Ceria (saluran 611) bermula 20 Februari ini, jam 2 petang dan boleh distrim di Astro Go serta sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement