Skip to main content

Hiburan

MLS5: Netizen Terhibur Dengan Gelagat Bersahaja Anak Shuib Bersama Kumpulan Roda - “Matin Mewarisi Bakat Lawak Bapanya”

Matin Shuib

Kemunculan anak kepada pelawak Shuib iaitu Ariq Matin sebagai artis jemputan untuk kumpulan Roda di Muzikal Lawak Superstar 5 pada Sabtu lalu menarik perhatian. 

 

Advertisement

Shuib menerusi TikTok berkongsi video memperlihatkan anaknya membuat persiapan untuk melakukan persembahan bersama Fad, Sharif dan Naqiu. 

 

“Simpan sini buat kenangan Matin masa umur 10 tahun. Terima kasih paborke @fadbocey @sharif_zero @thisisnaqiu di atas kepercayaan bawak Matin ke pentas besar.

 

“Muzikal Lawak Superstar. Kenangan indah Matin, malam tadi dia tido senyum sampai pagi. Terima kasih semua yang support. 

 

“Maaf andai ada salah silap dari Matin. Semoga semua terhibur!” kongsi Shuib. 

 

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Matin dan menganggap anak Shuib itu mewarisi bakat melawak seperti bapanya. 

 

“Terbaik Matin, lawak bersahaja. Cool saja, good job!

 

“Matin mewarisi bakat lawak bapanya. Good job Maten. Macam melihat Shuib atas pentas. 

 

“Terbaik! Suka tengok gelagat dan gayanya bersahaja. dari dulu nampak bakat Matin,” komen netizen. 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Must-Watch Video

Advertisement