Sekilas
- Seorang ibu bernama Kavitha yang bekerja sebagai tukang sapu menerima kejutan daripada empat anaknya yang memakai uniform kerjaya masing-masing.
- Keempat-empat anak Kavitha berjaya dalam kerjaya masing-masing termasuk juruwat, kru kabin, guru sekolah menengah, dan juruterbang.
- Kavitha yang berusia 50 tahun bekerja sebagai tukang sapu selama 12 tahun dengan pendapatan RM1,800 sebulan dan berasa bangga melihat kejayaan anak-anaknya.
Tular di media sosial satu kisah menyentuh hati mengenai seorang ibu yang menerima kejutan daripada empat anaknya yang tampil lengkap dengan uniform kerjaya masing-masing.
Menerusi perkongsian The Chindian Diaries di Facebook, dapat dilihat wanita yang dikenali sebagai Kavitha dan bekerja sebagai tukang sapu itu tidak dapat menahan sebak ketika menerima kejutan tersebut.
Apa yang lebih membanggakan ialah apabila setiap seorang daripada anaknya berjaya membina kerjaya hebat dengan anak sulungnya bekerja sebagai juruwat di Singapura manakala anak keduanya sebagai seorang kru kabin di sebuah syarikat penerbangan di Singapura.
Sementara itu, anak ketiga dan anak keempatnya masing masing bekerja sebagai seorang guru sekolah menengah dan seorang juruterbang.
Di ruangan kapsyen, difahamkan keempat beradik itu berjaya mengejar cita-cita mereka dengan hasil titik peluk Kavitha yang merupakan seorang tukang sapu bagi sebuah syarikat di Seremban.
Tidak cukup dengan, situasi ini terus menjadi inspirasi apabila Kavitha yang kini berusia 50 tahun sudah berkhidmat sebagai seorang tukang sapu selama 12 tahun dengan pendapatan sekitar RM1,800 sebulan.
Menerusi temu bual itu juga, Kavitha memaklumkan bahawa dia memilih untuk terus kerana sudah selesa berdikari dan melakukan pekerjaan itu dengan ikhlas.
“Bagus untuk berdikari. Setiap anak ada kehidupan masing-masing. Ramai juga yang masih bekerja sehingga usia 70-an. Saya buat kerja ini dengan sepenuh hati,” kongsinya.
Ditanya pula mengenai perasaannya melihat kejayan empat anak, Kavitha mengakui dia terlalu gembira sehingga sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
“Saya sangat gembira sampai tak tahu nak cakap apa. Walaupun saya bekerja keras, saya cuma nak tengok anak-anak bahagia. Itu saja,” ujarnya.
Sumber: The Chindian Diaries