Sekilas
- Mualim Muda Ashraf kekal di kedudukan terendah minggu kelima dengan markah 64.00% tanpa penyingkiran diumumkan.
- Mualim Muda Amar terus unggul di tempat pertama dengan markah 77.67% dan memenangi Anugerah Bintang Inspirasi serta wang tunai RM1000.
- Program Mualim Muda akan bersiaran mulai 19 Disember di Astro Oasis dan Astro Prima, dengan tema suku akhir ‘Debat Realiti’ dan penjurian dari Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin, dan Neelofa.
Mualim Muda Ashraf menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan di minggu kelima program islamik berkenaan.
Berada di kedudukan terendah, Mualim Muda Ashraf hanya menerima markah sebanyak 64.00 peratus pada minggu yang bertemakan ‘hiburan mengikut syariat’ ini.
Mualim Muda Ashraf membawakan topik berjudul Paranormal bergandingan bersama tetamu jemputan iaitu pelawak, Joey Daud.
Turut berada di tangga dua terbawah adalah Mualim Muda Shamsul.
Sementara itu, Mualim Muda Amar pula sekali lagi berada ditangga pertama dengan markah sebanyak 77.67 peratus.
Selain itu, Amar juga berjaya membawa pulang Anugerah Bintang Inspirasi Apcel Cafe dan memenangi wang tunai berjumlah RM1000.
Untuk minggu suku akhir , Mualim Muda yang masih kekal akan dicabar dengan tema ‘Debat Realiti’ di mana mereka akan digandingkan dengan alimni bintang realiti Pencetus Ummah dan Imam Muda.
Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program.
Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta.
Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.
Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.
Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.
Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi.
Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Program ini boleh strim program ini secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.