Sekilas
- Datuk Ac Mizal berkongsi tips kepada peserta Mualim Muda supaya lebih spontan dan memahami karakter pelawak yang digandingkan dalam tugasan minggu kelima.
- Mualim Muda menampilkan juri seperti Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin, dan Neelofa, dengan Ustaz Shahrizan Daud sebagai Mursyid program.
- Program Mualim Muda akan mula bersiaran pada 19 Disember di Astro Oasis dan Astro Prima, serta boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
Pengacara terkenal, Datuk Ac Mizal berkongsi tips kepada peserta Mualim Muda yang bakal digandingkan dengan para pelawak bagi tugasan minggu kelima.
Menerusi sepotong video yang dikongsikan di Instagram @tazkirahmalamjumaat, Ac dilihat berkongsi tips kepada Mualim Muda Luqman dan juga Mualim Muda Iddin yang ketika itu bertanyakan kepadanya.
Kata Ac, peserta Mualim Muda tidak harus terlalu risau kerana pelawak kebanyakkannya memberi respon secara spontan.
“Pertama sekali adalah bertuah untuk pelawak, kedua adalah bertuah jugak untuk Mualim Muda sebab dengan pelawak ini kena lebih banyak spontan.
“Maksudnya anda kena faham dengan karakter pelawak-pelawak kerana mereka ada pelbagai karakter yang berbeza,” kongsinya.
Selain itu, para Mualim Muda juga hanya perlu memahami karakter setiap pelawak yang digandingkan dengan mereka.
“Contohnya macam kumpulan Zero banyak kepada slaptik, kalau dulu kumpulan Shiro pula lebih kepada penceritaan dan sebagainya.
“Jadi, anda kena memahami karakter pelawak itu, selepas itu biarkan sahaja dia. Tugas anda adalah memperbetulkan orang yang salah,” kongsinya.
Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program.
Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta.
Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.
Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.
Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.
Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi.
Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Program ini boleh strim program ini secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.