Skip to main content

Hiburan

Mualim Muda: Bakal Melangkah Ke Dunia Seni, Haris Ismail Titip Pesan Buat Finalis

Haris Ismail

Pengacara dan pendakwah bebas, Haris Ismail menitipkan pesanan buat finalis Mualim Muda yang akan memulakan langkah mereka di dalam industri seni.

Menurut Haris, mereka harus lebih berhati-hati dalam memilih pergaulan agar tidak terlibat dengan sebarang masalah dikemudian hari.

“Kena hati-hatilah sikit. Macam saya dulu, tak ada sangat job ceramah. Banyak pergi berlakon dan buat kerja lain. Jadi, kena banyak duduk dengan orang-orang baik.

"Takut tersalah sana sini. Circle kita itu penting. Kita pun nak nasihat orang, bukan baik sangat pun sebenarnya. Kalau baik dan bagus semuanya, tak apalah. Tapi hakikatnya tidak begitu. Jadi kena jaga diri,”katanya.

Dalam pada itu, Haris juga mengingatkan kepada bakal pendakwah untuk menjaga setiap tingkah laku kerana mereka sering dilihat sebagai rujukan masyarakat.

“Balik rumah pun kena ada circle yang bagus. Jangan duduk dengan orang-orang yang tak sepatutnya sangat. Sebab bila seseorang itu muncul sebagai individu yang dirujuk orang ramai, setiap tingkah lakunya akan diperhatikan.

"InsyaAllah, kalau jaga diri dan circle dengan betul semuanya akan dipermudahkan,” tambahnya. 

Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program. 

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. 
 

Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.

Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.
 

Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.
 

Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi.
 
Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka. 

Must-Watch Video

Advertisement