Meskipun tersingkir di pentas suku akhir, peserta Mualim Muda, Iddin Ramli tetap meluahkan rasa syukur atas pencapaiannya di program tersebut.
Menurut Iddin, apa sahaja keputusan untuk dirinya dia menerima dengan hati yang terbuka.
“Alhamdulillah... satu pengalaman yang sangat baik dan adat kita berada di dalam rancangan realiti, kalau tak ada yang tersingkir siapa nak menang?
“Jadi, alhamdulillah saya sangat bersyukur apa saja keputusan pasti ada hikmah dan pasti ada sebabnya yang Allah lebih tahu apa yang saya tak tahu.
“Nak cakap kecewa tidak, kalau kecewa nanti seolah-olah macam saya tak reda pula kawan-kawan saya direzekikan dengan yang lebih kan? Saya tak kecewa tapi saya sedih sebab nak tinggalkan mereka. Tapi insya-Allah kami akan berhubunglah,” katanya kepada Gempak.
Sementara itu, Mualim Muda Zaimi turut meluahkan rasa syukur apabila berjaya melangkah sejauh suku akhir walaupun merupakan peserta paling muda dalam program tersebut.
“Saya rasa bersyukur. Pertama sebab kita paling muda tapi berjaya sampai ke suku akhir. Satu saingan yang cukup hebat daripada abang-abang, ustaz-ustaz, mualim muda saya semua ni.
“Dan walaupun kita tersingkir, saya rasa ini satu pengalaman yang besar bagi saya dan saya akan teruskan bakat-bakat yang boleh memberi manfaat di luar sana, Insya-Allah,” ujar Zaimi.
Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program.
Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta.
Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.
Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.
Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.
Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi.
Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Program ini boleh strim program ini secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini