Skip to main content

Rancangan Realiti

Mualim Muda: Izzat Syukur Diberi Peluang Rasai Pengalaman Berharga - “Mengajar Saya Jadi Lebih Matang”

Mualim Muda Izzat

Sekilas

  • Izzat, peserta Mualim Muda yang tersingkir minggu lalu, menghargai pengalaman dan mengakui program ini membuatnya lebih matang.
  • Selain Izzat, Saad juga diumumkan tersingkir pada minggu ketiga program yang menampilkan juri seperti Datuk Ustaz Kazim Elias dan Neelofa.
  • Mualim Muda akan bersiaran mulai 19 Disember di Astro Oasis dan Astro Prima, serta boleh distrim On Demand di Astro GO dan sooka.

Peserta Mualim Muda iaitu Izzat akui tidak lernah menyesal dan menghargai momen sepanjang berada dalam program berkonsepkan dakwah itu.

Walaupun namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir minggu lalu, namun Mualim Muda Izzat berkata program ini membuatkan dirinya menjadi lebih matang.

“Sudah tentu rasa kecewa tapi saya masih rasa bersyukur kerana diberi peluang merasai pengalaman berharga seperti ini.

“Alhamdulillah atas perasaan ini, mengajar saya untuk menjadi lebih matang dan pada masa akan datang saya akan buat yang lebih terbaik,” ujarnya ringkas.

Selain Mualim Muda Izzat, Mualim Muda Saad juga turut diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di minggu ketiga.

Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program. 

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. 

Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.

Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.

Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.

Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi. 

Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka. 

Program ini boleh strim program ini secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. 

Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.
 

Must-Watch Video

Advertisement