Skip to main content

Hiburan

Mualim Muda: Shamsul Tersingkir! Hanya 4 Finalis Mara Ke Minggu Akhir

Mualim Muda

Mualim Muda, Shamsul terpaksa akur dengan keputusan juri selepas namanya diumumkan sebagai finalis yang tersingkir di minggu separuh akhir. 

Turut berada di tangga tiga terbawah adalah Mualim Muda Luqman dan Amar. 
 

Finalis yang masih kekal akan dicabar dengan dua tugasan yang menyentuh topik isu Masyarakat & Tanda-Tanda Kiamat untuk minggu akhir. 

Lebih menarik mereka juga akan bergandingan dengan selebriti terkenal tanah air. 

Ashraf X Rosyam Nor 

Anas X Khir Rahman 

Luqman X Fizz Fairuz 

Amar X Johan As'Ari

Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program. 

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. 
 

Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.

Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.
 
Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.
 

Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi.
 
Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka. 
 

Must-Watch Video

Advertisement