Skip to main content

Hiburan

Netizen Anggap Patut Tersingkir Di Minggu Ketiga, Eira Syazira Pertahan Ammara - “Kritik Boleh Tapi Janganlah…”

Talk To My Manager 2

Sekilas

  • Pelakon Eira Syazira mempertahankan anaknya, Ammara Sofea, peserta Talk To My Manager musim kedua yang menerima komen negatif daripada netizen.
  • Eira berharap Ammara, yang baru berusia 13 tahun, diberi peluang untuk belajar dan berkembang tanpa tekanan serta kritikan yang keterlaluan.
  • Ammara digandingkan bersama bapanya, penyampai radio Azad Jazmin, sebagai pengurus dalam program tersebut.

Pelakon, Eira Syazira mempertahan anaknya yang juga bintang Talk To My Manager musim kedua 2 (TTMM2) iaitu Ammara Sofea yang dilihat menerima reaksi negatif daripada segelintir netizen.

Menerusi Instagram (IG), pemilik nama Syazira Sarimah Sakinah Almera Shuhaimi ini dilihat berkongsi beberapa komen negatif terhadap penglibatan anaknya di dalam program tersebut.

Dapat dilihat, ada yang berasakan Ammara sepatutnya tersingkir dan tidak lagi meneruskan perjuangan di TTMM2 bagi minggu keempat.

"Maaf cakap Amarra sepatutnya... (tersingkir), dah tiga minggu tak nampak peningkatan. Suara? Out!," antara komen netizen.

Tidak melatah, isteri kepada penyampai radio Era, Pak Azad bagaimanapun berharap agar anaknya yang baru berusia 13 tahun itu diberi peluang untuk bersaing tanpa sebarang tekanan.

"Biarkan dia terbang, belajar dan membesar menjadi versi terbaik dirinya. Kritik boleh, tapi janganlah sampai hilang rasa kemanusiaan.

"Kadang kita ni lupa untuk memanusiakan manusia. Terlalu sibuk menghakimi, menyindir dan mencari salah orang lain, hingga lupa diri sendiri juga manusia, penuh kekurangan dan tidak sempurna," luahnya. 

Tambah Eira, setiap kecaman yang diberikan sedikit sebanyak telag memberikan kesan negatif terhadap anaknya itu.

"13 tahun, usia di mana seorang anak sedang belajar mengenal dunia, belajar jadi berani dan mengejar impian.

"Jangan patahkan sayapnya hanya kerana emosi kebencian. Cara sesetengah orang menghukum dan membenci anak 13 tahun ini seolah-olah dia telah melakukan kesalahan atau jenayah yang besar.

"Sedangkan dia cuma seorang anak kecil yang sedang cuba mencari keberanian, pengalaman dan ruang untuk berkembang," luahnya lagi. 

Untuk info, Amarra merupakan peserta TTMM2 yang digandingkan bersama bapanya, penyampai radio Azad Jazmin sebagai pengurus.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must Watch Video

Advertisement