Skip to main content

Hiburan

Netizen Kagum Lihat Momen Bersejarah Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Negaraku’ Di MotoGP - “Pengalaman Yang Sangat…”

Datuk Seri Siti Nurhaliza

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Negaraku di acara Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang, mencuri perhatian rakyat Malaysia.
  • Siti Nurhaliza berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan menganggap pengalaman itu sangat bermakna baginya.
  • Persembahan itu mendapat pujian wargamaya dan disaksikan oleh pelumba elit serta tokoh penting termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Advertisement

Detik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Negaraku di acara Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) membanggakan seluruh rakyat Malaysia.


 

Advertisement

Siti Nurhaliza menerusi akaun Threads miliknya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepadannya selain menganggap detik bersejarah itu sangat bermakna buat dirinya.


 

“Terima kasih memberi kepercayaan kepada saya. Pengalaman yang sangat bermakna buat saya,” tulisnya secara ringkas.


 

Advertisement

Video memperlihatkan Siti Nurhaliza menyanyikan lagu kebangsaan dalam sebuah acara bertaraf antarabangsa turut membuatkan wargamaya meluahkan rasa bangga.


 

“Power Tokti. Lagu Negaraku je pun dah best sangat. Dah la baju Tokti tadi pun lawa 🔥 🔥 🔥


 

“Bukan semua orang dapat peluang macam ni. Memang satu kenangan yang mahal nilainya. Tahniah Datuk!


 

“Simple. Elegan. Macam tu je @ctdk turned Sepang Circuit to Albert Royal Hall London. Proud.


 

“@motogp tindakan betul bila jemput Datuk Siti Nurhaliza nyanyi lagu Negaraku… sumpah this version sangat sedap. Dia nyanyi seperti dalam konsert dengan suara lemak merdu. @ctdk,” komen beberapa wargamaya.


 

Untuk info, momen bersejarah tersebut turut disaksikan barisan pelumba elit antarabangsa, orang kenamaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

Must Watch Video

Advertisement