Skip to main content

Hiburan

Netizen Persoal Live Memasak Aina Abdul, Ini Penjelasan Tuan Badan - “Tak Perlu Fikir Deep Sangat, Itu Sekadar…”

Astrogempak AINA ABDUL (1)

Sekilas

  • Aina Abdul menjelaskan siaran langsung memasaknya adalah untuk mengisi masa terluang dan sebagai terapi peribadi.
  • Pelantun lagu Gentayangan itu mengakui kurang pengetahuan memasak dan kesilapan adalah perkara biasa dalam sesi live tersebut.
  • Video live memasak Aina menjadi tular kerana gelagat spontan dan penggunaan daun ketumbar yang banyak menarik perhatian netizen.

Seorang individu berjaya menarik perhatian penyanyi dan komposer, Aina Abdul selepas mempersoalkan mengenai siaran langsung memasaknya yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Tidak melatah dengan persoalan tersebut, pelantun lagu Gentayangan itu tampil memberikan penjelasan mengenai tujuan sebenar dirinya melakukan live memasak.

“Apa konteks Aina Abdul dengan live masak-masak? Letak ketumbar sekilo, masak lemak sampai melimpah ruah. Aku macam tak faham. Dia buat live masak-masak ke sebelum jadi artis?” tulis seorang netizen.

Menurut Aina, aktiviti memasak yang dilakukan secara santai itu hanyalah cara untuk mengisi masa terluang selain menjadi terapi buat dirinya.

“Tak perlu fikir deep sangat.. itu sekadar mengisi masa terluang saya. Cooking is my current therapy.

“Secara tak langsung saya dapat connect dengan peminat-peminat saya yang selalu minta saya live,” balasnya.

Dalam masa sama, Aina turut mengakui dirinya tidak mempunyai banyak pengetahuan dalam bidang masakan, justeru kesilapan ketika memasak adalah perkara biasa.

“Saya kurang knowledge tentang memasak.. jadi mistakes bound to happen.. itu sahaja,” katanya lagi.

Terdahulu, beberapa klip video live memasak Aina menjadi perhatian netizen selepas ramai terhibur melihat gelagat spontan penyanyi itu di dapur termasuk penggunaan daun ketumbar dalam kuantiti yang banyak selain insiden masakan lemak yang melimpah ketika dimasak.

Sumber: Threads Aina Abdul

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement