Skip to main content

Drama

Netizen Teka Ibu Ahyan ‘Pembunuh’ Sebenar Dalam Good Boys Go To Heaven, Zahirah Macwilson Respon - “Tak Baik Tuduh Kita Tau”

Good Boys Go To Heaven

Sekilas

  • Siri Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven, semakin trending selepas episod pertama dengan ramai penonton berkongsi teori tentang pembunuh sebenar Ahyan di aplikasi Threads.
  • Antara suspek utama yang disebut adalah Ustaz Reyhan, Bahamin, Zayd, malah ibu Ahyan, Dahlia, yang turut menjadi tumpuan netizen dan mendapat respon dari pelakon Zahirah Macwilson.
  • Siri ini mengisahkan Yasser yang kehilangan anak lelakinya, Ahyan, dan ditayangkan setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra serta boleh distrim awal di Astro GO dan Sooka.

Siri premium Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven semakin mendapat tempat di hati peminat meskipun baru episod pertama ditayangkan.

Buktinya, ramai yang berkongsi perasaan geram serta tanda tanya mereka usai menonton drama siri tersebut di aplikasi Threads.

Antara topik hangat yang dibincangkan ketika ini adalah identiti pembunuh sebenar yang menyebabkan kematian Ahyan yang turut menjadi persoalan penduduk di Kuala Makar.

Menerusi tinjauan yang dibuat di Threads, rata-rata netizen yang sudah menonton menyenaraikan beberapa suspek utama yang menjadi dalang kepada kematian Ahyan.

Antara nama yang disebut-sebut sebagai suspek adalah seperti Ustaz Reyhan lakonan Sky Iskandar, karakter Bahamin (Firdaus Karim) serta Zayd yang dilakonkan Malek Mccrone.

Namun, apa yang mengejutkan ialah ramai juga yang meneka ibu kepada Ahyan iaitu Dahlia lakonan Zahirah Macwilson merupakan suspek utama kepada pembunuhan Ahyan.

Tekaan mereka itu bukan dibuat berdasarkan perasaan semata-mata malah, mereka turut menyenarikan beberapa faktor mengapa memilih Dahlia sebagai dalang utama.

Perkongsian itu kemudiannya tular dan mendapat respon pelakon yang memegang watak Dahlia itu sendiri di ruangan komen.

“Tak baik tuduh kita tau,” komen Zahirah.

Hantaran itu juga membuktikan betapa hebatnya penangan drama Good Boys Go To Heaven sehinggakan rata-rata penonton menyuarakan rasa tidak sabar untuk menonton episod-episod yang seterusnya.

Jadi apakah yang terjadi kepada Ahyan dan siapakah pembunuhnya? Jangan lupa saksikan episod kedua Good Boys Go To Heaven minggu ini.

Good Boys Go To Heaven mengisahkan Yasser (Beto Kusyairy) seorang bapa yang melalui detik paling gelap dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Selain Beto, siri ini turut dibintangi Zahirah MacWilson, Amerul Affendi, Firdaus Karim, Amanda Ang dan ramai lagi.

Good Boys Go To Heaven sudah pun mula ditayangkan bermula hari ini dan akan menemui penonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement