Sekilas
- Bella Astillah berkongsi rutin tidur keluarganya yang mengamalkan tidur awal, dengan anak-anak tidur pada pukul 8.45 malam dan dia serta suami tidur pada pukul 9.15 malam.
- Rutin tidur awal ini mengejutkan rakan penyampainya dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengakui sukar untuk ikut jadual sebegitu.
- Netizen menunjukkan kekaguman terhadap disiplin keluarga Bella dan berkongsi pengalaman mereka yang berbeza mengenai waktu tidur masing-masing.
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mencuri perhatian netizen selepas berkongsi rutin tidur keluarganya yang mengamalkan jadual tidur awal, termasuk suami dan anak-anak.
Menerusi segmen 3 Pagi ERA, Bella mendedahkan anak-anaknya akan tidur seawal pukul 8.45 malam, manakala dia dan suami, Syed Saddiq pula masuk tidur sekitar pukul 9.15 malam.
“Anak-anak tidur 8.45 malam, kita 9.15 malam dan mereka akan bangun 5.40 pagi,” kongsi Bella.
Pendedahan tersebut nyata mengejutkan rakan penyampainya, Radin dan Azad Jazmin.
"Saya 9.15 masih whatsapp isteri kata lapas nak makan," kata Azad.
Perkongsian berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kagum dengan keluarga Bella yang boleh mengamalkan rutin tidur awal.
“Saya 9.15 baru nak dinner 🤭
“No wonder Ayden tinggi. Cukup tidur, cukup makan, rutin harian semua disiplin.
“Sekarang 9.19 tengah scroll Threads. Macam mana eh?
“Sekarang 10.24 malam, tengah order burger dengan kak setaman 😆
“9.15 dah tidur? Kita berniaga lagi waktu ini 😭😭," komen netizen.