Sekilas
- Ryzal Ibrahim berkongsi foto percutian keluarganya ke Jakarta dan terkejut dengan perbalahan netizen Indonesia di ruangan komen.
- Ryzal menjelaskan dia tidak tahu tentang isu antara Malaysia dan Indonesia, termasuk hal bola sepak, dan tidak mahu terlibat dalam perbalahan tersebut.
- Tujuan kunjungannya hanyalah untuk bercuti dan menikmati pengalaman pertama di ibu negara Indonesia.
Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim mengakui terkejut apabila ruangan komen perkongsiannya dipenuhi perbalahan dipercayai melibatkan netizen Indonesia.
Menerusi Threads, Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, 34, pada awalnya hanya berkongsi beberapa foto dirinya bersama keluarga sebelum berangkat bercuti ke Indonesia.
“Permisi semua, terbang duluan ya,” tulisnya.
Bagaimanapun, selepas menyedari ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi perdebatan, Ryzal tampil menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui sebarang isu berkaitan Malaysia dan Indonesia, termasuk perkara membabitkan bola sepak.
“Mohon maaf ya semua, terkejut buka comment section penuh dengan arguments.
“Saya tak tonton bola, tak tahu apa yang berlaku antara Indonesia-Malaysia. Jika ada perbalahan, mohon jangan libatkan saya ya,” katanya.
Menurut Ryzal, kunjungannya ke Jakarta hanya bertujuan untuk bercuti bersama keluarga selain menikmati pengalaman pertama mereka di ibu negara Indonesia itu.
“Post ini percutian kami pertama kali di Jakarta. Makan enak, orang baik, tapi dalam Threads ini lain sekali pemikiran orang Indonesia ya,” tulisnya.
Sumber: Threads